ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: JURUTEKNIK MAUT DUA KENDERAAN BERTEMBUNG !!!

Wednesday 3 December 2014

JURUTEKNIK MAUT DUA KENDERAAN BERTEMBUNG !!!


Kuala Terengganu: Seorang juruteknik Tenaga Nasional Berhad maut apabila trak pikap dinaikinya bertembung dengan kereta di Kampung Sungai Ikan, di sini, 7.30 malam tadi.

Ketika kejadian, mangsa, Mohd Nizam Zainol Abidin, 30, memandu trak pikap itu dengan ditemani dua rakan sekerjanya dalam perjalanan dari Kuantan ke Kota Bharu untuk menjalankan operasi kes kecurian elektrik.

Bagaimanapun, sebaik tiba di Kampung Sungai Ikan, kenderaan dinaiki mangsa bertembung dengan kereta dari arah bertentangan.

Sebaik bertembungan, trak pikap terbabit terbalik beberapa kali menyebabkan Mohd Nizam tercampak keluar dari cermin depan kenderaan itu.

Mangsa yang berasal dari Jengka, Pahang itu parah di leher dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, dua rakan mangsa serta pemandu kereta terbabit hanya mengalami kecederaan ringan dan dibenarkan pulang sebaik mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
hmetro

No comments:

Post a Comment