ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DIBATAL PASPORT MALAYSIA, ALI DAKWA DIBERI KAD SUAKA POLITIK SWEDEN ???

Tuesday, 9 December 2014

DIBATAL PASPORT MALAYSIA, ALI DAKWA DIBERI KAD SUAKA POLITIK SWEDEN ???

aliabdjalil_politicalasylumcard_FB
Gambar kad suaka politik yang dikeluarkan kepada
aktivis Ali Abd Jalil seperti dimuat naik ke laman Facebook beliau.
Aktivis Ali Abd Jalil mendedahkan beliau sudah mendapat kad suaka politik di bawah undang-undang Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan perjanjian Dublin di bawah perjanjian suaka.
“Sekarang aku pegang kad asylum, bawah undang undang PBB dan perjanjian Dublin (asylum agreement).. aku tak tertakluk bawah undang undang ******* kerajaan umno dan sultan… Sini bukan Malaysia,” tulis Ali di laman Facebooknya.
Ali yang lari ke Sweden selepas beberapa kali ditahan polis ekoran kirimannya dalam Facebook walaupun dibebaskan oleh mahkamah berkata, Malaysia sedang menuju republik milik rakyat.
“Hapuskan fasis dan rasis… polis dan mahkamah sudah tidak ada kredibiliti, sudah hilang kepercayaan rakyat,” tulis Ali lagi yang turut memuat naik gambar kad suakanya.
Semalam, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim mengumumkan bahawa pasport Ali dan blogger Alvin Tan yang mencari suaka politik di luar negara, ditarik balik.MalaysiaInsider

Ali…Itu “Kad Pohon Suaka”, Bukan “Kad Suaka”, Faham?

Kecoh di dada media mengenai Ali Abdul Jalil, seorang anak muda yang melarikan diri dari pihak berkuasa setelah berdepan perbicaraan di mahkamah di bawah Akta Hasutan kerana menghina Raja-Raja Melayu, khususnya Sultan Johor.
Mereka kecoh kerana Ali mendakwa dia sudah mendapat “kad suaka politik” dari negara Sweden, negara yang menjadi lokasi anak muda itu melarikan diri. Rata-rata penyokong Ali gembira dan mengucapkan tahniah pada “ikon” anak muda pro-Pakatan Haram itu.
Tidak tahulah sama ada berpengetahuan luas atau tidak, namun status “kad suaka politik” yang diberikan pihak berkuasa Sweden kepada Ali itu agak meragukan pada pandangan saya.
Menurut sumber, tidak semudah itu untuk seseorang mendapat suaka politik dari sesebuah negara, termasuk Sweden.
Difahamkan bahawa prosedur membuat permohonan “suaka politik” di negara itu agak ketat dan memerlukan masa bagi pihak berkuasa di Sweden meneliti identiti pemohon yang cuba mendapatkan suaka politik di negara tersebut.
Sumber menjelaskan bahawa para pemohon kad suaka politik dari Kerajaan Sweden akan diberikan sekeping resit permohonan dan dalam tempoh beberapa hari kemudian, pemohon tersebut akan menerima sekeping kad yang dberi nama “LMA-Kort” atau “kad pemohon suaka”.
Pemegang kad berkenaan dibenarkan tinggal di Sweden sehingga pemohon menerima jawapan dari pihak berkuasa berhubung status permohonannya. Dengan kad berkenaan, pemohon tersebut diberikan diskaun sekiranya mahu mendapatkan rawatan di pusat kesihatan di sana.
Perlu diingat bahawa kad pemohon suaka itu bukanlah “kad suaka politik” yang disahkan. Ia masih lagi berstatus “permohonan secara rasmi” meskipun rupa kad berkenaan mengandungi butiran identiti pemohon.
Merujuk pada kad yang dipamerkan dengan bangga oleh Ali itu, sumber menjelaskan bahawa kad itu hanyalah “LMA-Kort” atau “kad pemohon suaka”. Jelas sekali “ikon” pro-Pakatan Haram itu belum memiliki suaka dari Sweden!
Jadi, tidak perlulah gebang besar lagi. Tidak perlulah sebut “undang-undang PBB” atau “Perjanjian Dublin”. Kalau status kad pun gagal difahami, tidak perlulah cakap besar dan berlaku angkuh. Allah SWT bukannya suka pada hambaNya yang angkuh pun…
Saya tidak tahu siapa yang beritahu Ali kononnya dia sudah mendapat suaka politik dari Sweden dengan hanya memiliki LMA-Kort.
Mungkin juga beberapa aktivis pelampau Pakatan Haram yang lebih “senior” dan berpengalaman luas pernah melarikan diri ke luar negara yang memberitahu “junior” mereka itu. Isham Rais? Raja Petra?
Justeru itu, sekiranya maklumat sumber berkenaan mengenai prosedur dan kad suaka negara Sweden itu benar, maka jelaslah Ali masih lagi belum “selamat” sepenuhnya dari diheret kembali ke Malaysia untuk dihadap ke muka pengadilan.
Saya percaya, ramai yang “menunggu” Ali kembali ke tanahair dan rakyat Malaysia yang baik pastinya tidak sabar melihat budak muda ini mensia-siakan umur di penjara. Mungkin dia boleh menemani Anwar di penjara kelak? Wallahu’alam.
Petikan - myKMU


No comments:

Post a Comment