Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menemui wang tunai hampir setengah juta ringgit di kediamannya di ibu negara.
Difahamkan pegawai kanan PDRM itu bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman.
Menurut sumber SPRM, dalam serbuan itu pihaknya turut menemui sejumlah wang di kediaman suspek dan pihaknya masih menyiasat wang tunai yang ditemui sama ada diperoleh secara tidak sah.
Sumber SPRM memberitahu, pihaknya turut menahan seorang rakan suspek di lokasi bagi membantu siasatan.
“Beliau kini ditahan untuk siasatan lanjut dan pihak SPRM akan mengambil keterangannya selain mengumpul bukti lain untuk membantu siasatan,” kata sumber SPRM, Isnin.
Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Fuzi Harun yang dihubungi mengesahkan penahanan itu oleh SPRM, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran masa ditahan dan maklumat penuh anggota terbabit.
No comments:
Post a Comment