"Pelantar ERB West, terletak 9bn Timur Laut Pu Mengalum, melapor kelihatan bot terpung awal pagi tadi. KD Lekiu dihantar menyiasat." itu tweet terkini Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Aziz Jaafar sebentar tadi.
Ini barangkali merupakan maklumat awal daripada pekerja pelantar minyak yang melihat bot terapung, apakah bot tersebut sama dengan bot tempur TLDM yang hilang akan diketahui tidak lama lagi selepas KD Lekiu dihantar untuk menyiasat.
Sementara itu, laut bergelora menyukarkan operasi cari dan menyelamat (SAR) menggunakan pesawat udara.
Posisi terakhir bot tempur berkenaan adalah di 20 batu nautika ke timur laut Pulau Mengalum.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal pagi ini, Tan Sri Abdul Aziz mengesahkan kejadian dan memaklumkan terdapat tujuh orang krew yang diketuai Leftenan Azri Bakar berada di atas bot tempur itu.
Operasi mencari kini diteruskan mengikut prosedur sedia ada, katanya lagi.
No comments:
Post a Comment