Daripada Hj Yusof
Kg Parit I
Tarikh 28 Okt 2014
Kepada : Khas untuk
Sdra Anwar Ibrahim dan keluarga
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.
Kg Parit I
Tarikh 28 Okt 2014
Kepada : Khas untuk
Sdra Anwar Ibrahim dan keluarga
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.
Saya sebagai ayah kepada Osman, Pelajar tahun I Jurusan Undang-undang di UM amat kesal di atas situasi di UM malam semalam. Kekesalan dan kesedihan ini disebabkan anak saya dibabitkan dengan soal peribadi sdra dan keluarga. Ia tidak langsung membabitkan keluarga terutamanya anak saya.
Saya bekerja bertungkus lumus siang malam untuk mencari wang dan nafkah bagi membiayai pelajaran anak saya, agar anak saya menjadi seorang yang terpelajar dan seterusnya merubah kehidupan keluarga petani. Osman adalah anak sulung dari lapan beradik yang turut bersekolah rendah dan menengah. Jika Osman gagal di dalam pelajarannya, ia tidak akan dapat merubah keluarga ini.
Sdra Anwar, apakah sdra menyelami betapa pahitnya menjadi bapa kepada sebuah keluarga yang miskin. Anak saya dihantar ke UM bukan untuk terlibat politik sdra tetapi untuk menjadikan keluarga ini lebih terjamin masa hadapan. Sdra pun tidak pernah memberi bantuan apatah lagi mahu melawat keluarga ini.
Saya berjanji dan bersumpah tidak akan merelakan perbuatan sdra sampai bila-bila.
T.T
________________________________________________________
T.T
________________________________________________________
*Sedih baca surat dari Haji Yusof. Kalau ada mahasiswa yang tak kenang pengorbanan ibu bapa dan masih fanatik kepada Anwar Ibrahim, tak taulah nak cakap apa.
Itulah isi kandungan tulisan tangan surat tersebut yang katanya ditujukan kepada ketua pembangkang negara yang baru-baru ini mengadakan ceramah 'haram' di UM. Anwar Ibrahim bersama-sama kuncu-kuncu dan para penyokong tegarnya telah merempuh pagar UM yang telah dikunci demi memenuhi hasratnya untuk berucap di Dataran Tunku Canselor UM.

Jika Osman, Pelajar tahun I Jurusan Undang-undang di UM memang ternyata menyedari asal usulnya dan mencermin dirinya .... Osman seharusnya lebih berpendirian dan bijak dalam tindakannya selaku seorang pelajar yang menjadi harapan tinggi keluarga. Semoga dengan surat ini, Osman akan mempertimbangkan dan berfikir dengan lebih waras tentang hala tuju hidupnya selepas ini......wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment