KLUANG - Sebuah keluarga di sini, tidak dapat tidur lena apabila salah seorang daripada mereka, yang juga OKU bertindak keluar dari rumah selepas merajuk dengan ayahnya, kelmarin.
Ibu saudara, Nor Faradilla Abdul Talib,30, berkata, anak saudaranya, Najwa Najihah, 18, adalah OKU kategori pekak dan bisu menghilangkan diri dipercayai selepas ditegur ayahnya kerana remaja berkenaan enggan mendengar arahan diberikan.
Menurutnya, kehilangan anak sulung daripada lima beradik yang mesra dipenggil Najwa itu disedari oleh ibunya, Nor Asyikin Abdul Talib,42, selepas pulang daripada membeli sarapan lebih kurang jam 10 pagi, kelmarin.
“Sebelum kakak saya keluar rumah, Najwa berada di biliknya dan telah disuruh oleh ibunya untuk mandi malah kakak saya turut menyediakan pakaian untuk anaknya itu sebelum keluar bersama salah seorang adik Najwa untuk membeli sarapan pagi berhampiran kediaman mereka di Taman Muhibbah.
“Namun, apabila kakak saya pulang ke rumah, dia melihat Najwa tiada di bilik dan hanya menemui sekeping nota yang ditulis Najwa dalam ayat yang tidak tersusun di mana dalam nota berkenaan ada tertulis perkataan stesen bas dan beberapa ayat yang sukar difahami,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Nor Faradilla berkata, selepas menemui nota berkenaan kakaknya memeriksa almari dan mendapati sebelum melarikan diri anak saudaranya itu sempat membawa beberapa helai pakaian berserta wang bernilai lebih kurang RM5.
Jelasnya, dia bersama kakaknya mencari gadis itu di tempat menunggu bas berdekatan taman tempat tinggal mereka dan dimaklumkan seseorang Najwa dilihat menuju Terminal Bas Kluang dan turut memperoleh maklumat dia menaiki bas ke Larkin selain turut dilihat mengikut seorang lelaki.
Nor Faradilla berkata, dia percayai anak saudaranya tidak mengetahui arah tuju dan kemungkinan dia dibawa lelaki itu yang mungkin bersimpati dengan Najwa.
Tambahnya, laporan polis berhubung kehilangan anak saudaranya itu sudah dibuat IPD Kluang dan di Johor Bahru.
“Sesiapa yang menjumpai anak saudara saya ini boleh terus menghubungi saya di talian 019 7029892 atau menghubungi ibu Najwa di talian 0177831410,” katanya.
SH
No comments:
Post a Comment