KANGAR - Seorang pelajar tingkatan tiga ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari siling dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Alwi di sini, pagi semalam.
Muhammad Hakimi Zulkefli meninggal di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian muka setelah jatuh tertiarap pada ketinggian hampir 13 meter kira-kira jam 11 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, mayat pelajar itu ditemui pengawal keselamatan ketika mahu menyusun sejadah untuk pelajar menunaikan solat Zohor.
Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku pada waktu rehat kerana sebelum itu mangsa masuk ke dalam kelas dan masih memakai pakaian sukan.
“Kita akan siasat bagaimana mangsa panjat dan cuba meniti atas siling bumbung itu dan kenapa berada di situ,” katanya ketika ditemui media di Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, semalam.
Menurutnya, setakat ini kematiannya diklasifikasikan sebagai mati mengejut sebelum siasatan lanjut dilakukan.
Sementara itu, Ketua Unit Pembangunan dan Pendaftaran Jabatan Pendidikan Perlis, Yusuff Man ketika ditemui memberitahu, Muhammad Hakimi adalah seorang pelajar yang baik dan tidak mempunyai rekod disiplin belajar sejak tingkatan satu di situ.
Beliau berkata, sebelum kejadian mangsa masuk ke kelas malah ikuti kelas pendidikan jasmani sebelum ditemui di tempat kejadian.
“Sepanjang waktu persekolahan tadi (semalam) dan sebelum kejadian, pelajar ini mengikuti kelas. Guru memang sentiasa memastikan pelajar ada dari waktu pertama hingga waktu keempat pelajaran.
“Pada waktu rehat, memang di luar kawalan guru. Mungkin kejadian itu berlaku pada waktu rehat,” katanya.
Anak bongsu daripada empat beradik itu tinggal bersama kakak sulungnya sejak berusia lapan tahun.
Sementara itu kakaknya, Norliana Zulkefli, 27, dari Taman Teratai Behor Lateh, tidak menyangka kejadian yang menimpa adiknya itu. - SH
PS : Ini pula cerita yang berkisar di laman sosial.... Entahlah mana satu yang betul
No comments:
Post a Comment