Bagi anda yang mempunyai tabiat membuat atau mengadakan hubungan seks di dalam kereta, hentikanlah tabiat buruk ini. Pasangan dari China, ini boleh menjadi contoh. Mereka berdua hampir kehilangan nyawa apabila kereta mereka hampir terjatuh dari bangunan 18 meter tinggi.
Insiden itu bermula apabila pasangan dari Changsha, wilayah Hunan, selatan China mencari tempat untuk memadu kasih. Akhirnya, mereka parking diruang tempat letak kereta di atas bumbung bangunan yang lengang.
Setelah parking, mereka pun bermesraan. Enjin kereta sengaja mereka hidupkan agar udara sejuk dan segar dapat mereka rasakan sepertinya menyewa di hotel. Ketika sedang asyik bermesraan, mungkin secara tidak sengaja, salah seorang daripada mereka telah tertolak tombol gear kepada gear ‘reverse’.
Malangnya lagi, pedal minyak tertekan sehingga kereta bergerak kebelakang dengan cepat dan menghentam tembok. Mujurlah, pasangan yang sedang berada di belakang kenderaan dengan pantas menekan brek, sebelum kereta tersebut jatuh dari bumbung bangunan setinggi 18 meter tersebut.
Beruntung, kereta belum jatuh. Sedangkan kalau melihat keadaannya, situasi itu sangat mengerikan kerana separuh badan kereta sudah tergantung. Sedar akan hal tersebut, si perempuan histeria ketakutan dan menjerit dari dalam kereta.
Dan untungnya lagi, jeritan itu didengar oleh orang lain. Beberapa orang membantu pasangan ini keluar dari kereta. “Mereka sangat malu tapi bersyukur masih boleh hidup,” ungkap seorang saksi.
No comments:
Post a Comment