ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SULTAN SELANGOR PERKENAN EXCO BAHARU, 4 ADUN PAS DIPILIH

Thursday, 25 September 2014

SULTAN SELANGOR PERKENAN EXCO BAHARU, 4 ADUN PAS DIPILIH


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah perkenan untuk menerima pelantikan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu.

Seramai 10 Exco yang telah disenaraikan itu akan mengangkat sumpah di Istana Alam Shah pada Jumaat.

"Saya telah persembahkan nama-nama yang akan dilantik sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) kepada Tuanku.

"Alhamdulillah baginda telah memperkenankan senarai yang telah saya persembahkan. Saya akan umumkan nama mereka esok," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Sultan Selangor selama lebih satu jam di Istana Mestika di sini pada Khamis.

Azmin berkata, beliau mengekalkan jumlah pembahagian kerusi exco yang digunapakai sebelum ini, iaitu empat daripada PAS, Parti Keadilan Rakyat (tiga) dan DAP (3). 

Ketika ditanya adakah exco lama dikekalkan kekal, Azmin berkata: "Kita tunggu esok." 

Terdahulu Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa dilihat memasuki perkarangan Istan Mestika pada pukul 2.40 petang dengan menaiki kenderaan rasmi.

Beliau kemudian melintasi keluar pagar istana pada pukul 4.10 petang dan sempat memberikan komen kepada kumpulan media yang menunggu sejak pukul 2 petang.

No comments:

Post a Comment