SHAH ALAM 12 Sept - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penggantungan tugas Pengarah Lembaga Peperiksaan, Dr Na'imah Ishak berkuatkuasa serta-merta.
Sementara itu, Muhyiddin menambah, Timbalan Pengarah Pembangunan Keguruan, Datuk Misrah Ibrahim akan memangku tugas Dr Na'imah sementara kes UPSR bocor disiasat.
Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan sementara kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa
ditangguhkan.
Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 September sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.
No comments:
Post a Comment