KUALA LUMPUR: Sebuah bas yang dalam perjalanan ke Nilai, Negeri Sembilan terbabas ke bahu jalan dari lorong kiri Jalan Sungai Tua, Ulu Yam, Selangor berdekatan Empangan Batu pada jam 6:30 petang tadi.
Bas yang membawa 24 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan dua orang pemandu itu dalam perjalanan pulang dari Kem Eco Ulu Yam menuju ke kolej mereka di Nilai.
Menurut saksi di tempat kejadian, kesemua penumpang selamat tetapi tidak kurang dari enam penumpang yang cedera parah.
Menurut Pegawai Penyiasat IPD Gombak, Ramachandran Letchumanan siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan brek bas yang gagal berfungsi secara tiba-tiba.
Foto Astro AWANI
“Bilangan mereka yang cedera parah masih belum dikenalpasti, setakat ini siasatan masih berjalan” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Foto Astro AWANI
Pasukan bomba dan penyelamat sedang berada di tempat kejadian untuk membawa mangsa keluar dari bas.
Keadaan lalulintas sesak sehingga 2 kilometer dari tempat kejadian.
Astro Awani
No comments:
Post a Comment