ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BERITA KENAIKAN GAJI KAKITANGAN AWAM TIDAK BENAR - JPA

Friday, 26 September 2014

BERITA KENAIKAN GAJI KAKITANGAN AWAM TIDAK BENAR - JPA


PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada Khamis menafikan penyebaran berita mengenai kenaikan gaji dan elaun kakitangan awam yang tersebar luas melalui media sosial.

JPA dalam kenyataan di sini memohon kerjasama semua pihak untuk tidak menyebarkan berita berkenaan sekiranya ada menerimanya.

Berita yang mendakwa kakitangan awam akan menerima kenaikan gaji baharu mulai 1 Januari 2015 didapati tersebar secara meluas di laman sosial dan ruang maya.

No comments:

Post a Comment