ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: AKAUN FACEBOOK PALSU GUNA NAMA KERABAT DIRAJA PAHANG DISIASAT

Wednesday, 3 September 2014

AKAUN FACEBOOK PALSU GUNA NAMA KERABAT DIRAJA PAHANG DISIASAT

Akaun Facebook palsu guna nama kerabat Diraja Pahang disiasat

KUANTAN : Laporan polis dibuat hari ini berhubung lima akaun Facebook palsu yang menggunakan nama Tengku Mahkota dan Tengku Puan Pahang.

Laporan itu dibuat oleh Pegawai Khas kepada Tengku Mahkota Pahang, Abdul Rahim Othman di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada 9.55 pagi ini.

"Saya telah buka laman Facebook itu dan dapati tiga akaun Facebook telah dibuka atas nama Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan dua akaun atas nama Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

"Akaun ini tidak diketahui siapa yang menguruskannya, terdapat komen-komen yang memalukan Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

"Hal ini amat dipandang serius dan boleh memburukkan nama baik institusi Diraja Pahang. Saya telah dititahkan oleh Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Puan Pahang untuk buat laporan polis bagi siasatan," kata Abdul Rahim kepada Bernama selepas membuat laporan polis itu.

Katanya, Tengku Abdullah meminta supaya akaun Facebook palsu berkenaan dipadamkan.

Abdul Rahim berkata, beliau juga telah menghantar pesanan ke semua 'admin' akaun Facebook palsu berkenaan bagi memadam laman sosial palsu tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata siasatan awal mendapati tiada unsur hasutan dalam laman sosial palsu berkenaan dan kes dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan.   

No comments:

Post a Comment