KUALA LUMPUR: Wanita yang menanggalkan pakaian untuk mengelak daripada membayar makanan yang dimakan di Petaling Street tidak dapat mengingati apa-apa tentang kejadian tersebut.
Polis berkata, wanita berusia 32 tahun itu didapati berada dalam keadaan khayal setelah mengambil syabu ketika dia menanggalkan pakaiannya dalam kejadian Khamis, yang telah menjadi viral di media sosial.
"Kami memanggilnya untuk soal siasat pada Sabtu tetapi hanya boleh bercakap dengannya kemudian kerana dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Air kencingnya didapati positif methamphetamine," kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah.
Beliau berkata, ketika disoal, wanita itu mendakwa dia tidak ingat tentang kejadian itu.
"Ia adalah satu kes yang cukup mudah. Kami telah mengemukakan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan akan melakukan pendakwaan terhadapnya hari ini," katanya.
Sementara itu, pemeriksaan identiti terhadap wanita itu mendedahkan bahawa dia adalah seorang model dari Sabah yang telah mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan ratu cantik dan program realiti televisyen tempatan.
Menurut laporan, wanita itu menanggalkan pakaiannya untuk mengelak daripada membayar harga makanan berharga sekitar RM18.

mStar
No comments:
Post a Comment