ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MANA PERGINYA RM42 BILION WANG 1MDB ???

Saturday, 18 April 2015

MANA PERGINYA RM42 BILION WANG 1MDB ???


tu dia !!! sebelum ni ramai yang kata kerajaan telah songlap RM42 BILION. Biasalah manusia kan macam tu, semua nya tak puas hati !!! Ramai yang tunggu dan lihat ke manakah wang itu dibelanjakan. Persoalannya,adakah ia hangus sebegitu tanpa jejak atau faktanya sengaja disembunyikan oleh pihak-pihak tertentu yang mahu mengaibkan Perdana Menteri. Kononnya berlaku penyelewengan yang maha besar dalam pentadbiran negara.

Mana perginya wang 1MDB???

"Saya cuma tanya, mana pi wang 1MDB? Tu jaa...bila orang tanya saya tak boleh jawab..."

Hang tak boleh jawab mai aku jawab. Hang dok diam ja.

Sebenarnya RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB tidak hanya hilang begitu sahaja. Inilah yang anda dapat dari wang itu.


1) Membeli dan memiliki 15 loji kuasa dan desalinasi di lima buah negara - dengan kapasiti penjanaan tenaga bersih 5594MW

- Mesir, Bangladesh, UAE, Sri Lanka, Pakistan dan Malaysia. IPP terbesar adalah di Mesir dan Bangladesh. Kedua terbesar di Malaysia. 

2) Membina 3 lagi loji kuasa baru; 

- 2000MW Jimah East Power di Port Dickson (RM11b untuk kos)

- 2000MW Loji Kuasa Gas di Melaka - http://tinyurl.com/pxulqx8

- 50MW (RM1b untuk kos) Loji Solar di Kedah - terbesar di Malaysia - http://tinyurl.com/ljjar4a

- Membeli 310 ekar tanah berharga RM300 juta di Pulau Indah untuk projek-projek yang berkaitan dengan tenaga. http://tinyurl.com/qfw22gh


3) Membantu mengurangkan kos kuasa IPP kepada TNB sehingga separuh pada tahun 2012 setelah berunding untuk kadar yang lebih rendah bagi loji kuasa sedia ada dan baru.

- Ini telah membantu pembekuan peningkatan harga elektrik yang dijadualkan pada bulan Julai 2014, Jan 2015 dan juga membenarkan TNB untuk mengurangkan kadar elektrik pada bulan Mac 2015 (pertama kali dalam sejarah bahawa kadar elektrik dikurangkan dalam sejarah Malaysia) mungkin dengan satu lagi pengurangan kadar elektrik pada bulan Julai 2015.

4) Mengkonsepsikan, merancang dan membangunkan 70 ekar tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang mempunyai Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM40 bilion 

- Dijangka menarik lebih 250 syarikat global, mewujudkan 500,000 pekerjaan secara langsung dan tidak langsung

- Menjadi pusat global bagi kewangan antarabangsa, perdagangan dan perkhidmatan terutamanya bagi Kewangan Islam

- Jualan dan pembangunan pertama adalah projek RM8b dengan syarikat terbesar di Australia,Lend Lease ditandatangani pada bulan Mac 2015 - http://tinyurl.com/knqebe2

Tun Razak Exchange (TRX). Bila dah siap nanti kaum bumiputra dan rakyat dapat manfaat ekonomi jangka panjang

5) Mengkonsepsikan, merancang dan membangunkan 495 ekar projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan kasar RM155 bilion 

- Termasuk hubungan melalui 60-90 minit Keretapi Berkelajuan Tinggi ke Singapura dan MRT Kuala Lumpur (satu stesen dari TRX).

- Dijangka mempercepatkan pembangunan koridor selatan Malaysia dengan kawasan pertumbuhan satelit di Seremban, Batu Pahat, Muar, Melaka dan Bandar Nusajaya.

Projek keretapi laju Malaysia -Singapura mendapat pembiayaan 1MDB untuk keselesaan rakyat dan membangunkan ekonomi negara untuk jangka panjang.
6) Membeli, membina dan melengkapkan lapan kemudahan ketenteraan baru untuk TUDM dan PDRM berharga RM2.7b http://tinyurl.com/7eduhru

- Termasuk dua lapangan terbang udara baru – 500 ekar pangkalan TUDM di Sendayan danflying wing PDRM di Subang.

http://www.airforce.gov.my/my-berita-induk/my-berita-utama/21-jan-14-timbalan-panglima-tentera-udara-tinjau-projek-pangkalan-udara-sendayan/

7) Merancang dan membeli tanah untuk beberapa projek bagi 30.000 rumah kos rendah dan mampu milik di seluruh Malaysia

- Khususnya di Pulau Pinang (9999 unit rumah mampu milik dengan kos tanah RM1.3b(http://tinyurl.com/ous4pcj) dan Lembah Klang (20,000 unit di Bandar Malaysia).

Projek perumahan rakyat mendapat pembiayaan 1MDB untuk keselesaan rakyat.

8) Menjalankan hampir RM400 juta projek CSR yang termasuk menghantar 2,300 orang di antara 2011 dan 2014 untuk menunaikan Haji, subsidi tayar untuk pemandu teksi di bawah TR1MA 1.0 dan 2.0, 15 tempat pemulihan untuk pelajar di Sarawak, projek bekalan elektrik dan air luar bandar dan klinik bergerak 1Malaysia.http://tinyurl.com/q225juq

- Termasuk membaik pulih rumah lama untuk golongan miskin di bawah program Nadi Kasih pada tahun 2011, dengan kos RM90.5 juta.

Projek TR1MA dibawah 1MDB untuk keselesaan pemandu dan penumpang selain meningkatkan ekonomi rakyat dan meningkat imej pengangkutan negara di mata pelancong.
9) Membina dan mendalami hubungan dengan negara-negara utama di Timur Tengah - termasuk urusan dengan Arab Saudi yang telah membantu Malaysia meningkatkan kuota haji sebanyak 20,000 jemaah haji setiap tahun dan juga membantu pelajar kita keluar dari Mesir.

- Membangkitkan minat dan menarik berpuluh-puluh bilion pelaburan dari negara-negara asing - terutamanya daripada kerajaan dan syarikat-syarikat dari Timur Tengah ke Malaysia sejak 2009 dalam pelbagai projek 1MDB dan projek bukan 1MDB yang lain.


Bolehkah dibandingkan sumbangan pada rakyat yang dilakukan oleh mana-mana SLC negeri Pakatan Rakyat?

Untuk membangunkan negara sejak dahulu kita terpaksa berhutang namun rekod negara kita mampu membayarnya. 

Macam kita nak beli rumah dan kenderaan terpaksa berhutang tapi kita masih mampu bayar. 

Yang penting kita perlu menjaga keamanan negara agar ekonomi sentiasa mantap dan semua rakyat gembira.


Tak perlu nak pening kepala pikir masalah negara, kerajaan tak suruh pun kita bayar hutang negara. Sama juga tak perlu pening kepala fikirkan hutang jiran tetangga, jaga hal sendiri.

Biar Bank Negara yang settle hutang negara kita teruskan bekerja cari rezeki halal dan bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.

Dalam perniagaan ada untung rugi. Tapi perangai pencacai time rugi bising, time untung tak nak bersyukur...dah bagi penerangan tak mau dengar plak.

Bila dah tahu fakta tak lah jadi kekal membangang sepanjang masa dok sibuk soal cari kesalahan orang lain.
Credit MyMassa

No comments:

Post a Comment