KUALA LUMPUR – Satu klip video memaparkan sebuah teksi yang lari dengan sebuah motosikal tersangkut pada bahagian belakangnya setelah dipercayai melanggar kenderaan terbabit tersebar di laman sosial Facebook.
Dalam video klip berdurasi satu minit itu dimuat naik oleh pengguna Facebook Don Amir Syafiq.
Menurutnya, kenderaan terbabit dipercayai telah melanggar sebuah motosikal sebelum melarikan diri di Selayang Baru.
Pemandu teksi berkenaan kemudiannya melarikan diri ke arah Jalan Loke Yew dengan motosikal terbabit masih tersangkut pada bahagian belakangnya.
Beberapa orang penduduk di Kampung Selayang Baru juga mula mengejar teksi berkenaan. Malah, salah seorang daripada penduduk terbabit turut dilanggar setelah cuba menghalang teksi berkenaan.
Menurut komen daripada saksi pada klip video berkenaan, dua penunggang dan pembonceng motosikal terbabit terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.
Malah menurut Amir, pemandu teksi terbabit juga katanya telah menyerah diri di Balai Polis Tun H.S Lee.
Klip video berkenaan mendapat lebih 2,700 like dan dikongsi dengan 4,300 pengguna Facebook lain.
-SuaraTV
No comments:
Post a Comment