ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: 15 SUNNAH AIDIL ADHA YANG BOLEH KITA AMALKAN !!!

Saturday, 4 October 2014

15 SUNNAH AIDIL ADHA YANG BOLEH KITA AMALKAN !!!


1. Mandi. [Zaadul Ma’ad fii Hadyi Khoiril ‘Ibad, 1/425]
2. Pakai pakaian terbaik. Wanita tidak tabarruj (tidak berlebihan). [Zaadul Ma’ad fii Hadyi Khoiril ‘Ibad, 1/425]
3. Pakai wangian bagi lelaki. Perempuan tidak memakai wangian. [Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafie]
4. Keluar tanpa makan. Makan selepas solat aidul adha. [HR Tirmidzi 542, Ibnu Majah 1756, Ad-Darimi 1/375 dan Ahmad 5/352 dan isnadnya hasan]
5. Perintahkan wanita dan dara pingitan turut bersolat berjemaah. Namun bagi yang didatangi haid perlu menjauhi tempat solat dan memerhatikan orang bersolat. [HR Bukhari 981]
6. Berjalan menuju tempat solat. [HR Tirmizi 487]
7. Bertakbir. [As Silsilahh Ash Shahihah 171, Al Baihaqi 3/279]
8. Mengeraskan takbir. [Majmu’ Al Fatawa 24/220]
9. Lafaz takbir:
اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
[Diriwayatkan Ibnu Abi Syaibah 2/168 dengan isnad yang shahih]
10. Solat aidul adha secara berjemaah namun tidak diwajibkan mendengar khutbah. [HR Bukhari 981, Abu Dawud 975]
11. Menyembelih binatang korban. [Al-Umm 2/221]
12. Makan binatang korban. [HR Tirmidzi 542, Ibnu Majah 1756, Ad-Darimi 1/375 dan Ahmad 5/352 dan isnadnya hasan]
13. Pulang dengan jalan yang berbeza. [HR Ibnu Majah 1301 & 1076]
14. Ucapan atau doa apabila bertemu
تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
“Semoga Allah menerima (amal) kita dan anda sekalian”.
[Fathul Bari 270-271]
15. Bergembira. Hari raya bukan hari bersedih. [Hadis riwayat al-Nasaai 959]


No comments:

Post a Comment