KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat 15 pegawai kanan berkuat kuasa pada Jumaat.
Menurut kenyataan Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Bukit Aman dengan pangkat Pesuruhjaya Polis (CP).
Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim, pula dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Negeri Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, dengan memangku pangkat Senior DCP.
Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Pasukan Gerakan Am KDNKA.
Asisten Komisioner (ACP) Zainal Abu, yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Polis Daerah Seremban, Negeri Sembilan dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan), Jabatan Pengurusan, Bukit Aman, dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC).
Jawatan Zainal diganti Supritendan Muhamad Zaki Harun, yang sebelum ini merupakanTimbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, dengan memangku pangkat DCP.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, ACP Chong Mun Phing dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah JSJK (Perancangan Strategik/ Inspektorat), Bukit Aman, dengan memangku pangkat SAC.
ACP Mohd Hishamudin Tahar, yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar, Johor dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Pengangkutan), Jabatan Logistik, Bukit Aman,dengan memangku pangkat SAC.
Ketua Polis Daerah Manjung, Perak, ACP Jaafar Baba, pula dilantik sebagai Penolong Pengarah Latihan (Peperiksaan/Kompetensi), Jabatan Pengurusan, BukitAman manakala jawatannya digantikan oleh Supt T Mohd Zailan T Ahmad Shah, yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, IPK Perlis, dengan memangku pangkat ACP.
Sementara itu, Penolong Pengarah (D7A) Pencegahan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, ACP Lim Kim Fook dilantik sebagai Penolong Pengarah (D7C) Anti Pemerdagangan Orang/Penyeludupan Migran (ATIP/ASOM), JSJ, Bukit Aman.
ACP Dennis Lim Kwan Keng yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Perancangan Strategik JPJKK, IPK Selangor pula dilantik Timbalan Ketua JSJ (Siasatan/Perundangan), JSJ, IPK Johor.
Timbalan Ketua JSJ (Risikan/Operasi), JSJ, IPK Kelantan Supt Zainol Samah dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, dengan memangku pangkat ACP.
Manakala Supt Chong Kok Sin yang sebelum ini memegang jawatan Penolong Pengarah (Pembangunan/Bekalan/Teknikal) Jabatan KDNKA, Bukit Aman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Cheras, Kuala Lumpur, dengan memangku pangkat ACP.
Penolong Pengarah (Siasatan Forensik Perakaunan), JSJK, Bukit Aman Supt Rezlan Abu Bakar pula dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Forensik Peraukanan) JSJK, Bukit Aman.
Manakala Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Kelantan, Supt Idris Abd Rafar, dilantik menjadi Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Terengganu, dengan memangku pangkat ACP.
Supt (D10) Kimia, JSJ, Bukit Aman, Supt Shaikh Abdul Adzis Sh Abdullah pula dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Melaka, dengan memangku pangkat ACP.
mStar
No comments:
Post a Comment