ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: #PRKSgLimau : PAS JADIKAN MASJID MARKAS KEMPEN POLITIK !!!

Sunday 3 November 2013

#PRKSgLimau : PAS JADIKAN MASJID MARKAS KEMPEN POLITIK !!!


Apa agaknya tujuan PAS memasang bendera parti memagari masjid di atas ini? Adakah ini satu mesej kepada UMNO yang semua masjid di Sg Limau berada dalam kawalan mereka? Adakah ini juga satu cubaan PAS untuk memastikan jentera BN tidak menembusi institusi-institusi agama yang bertunjang di DUN tersebut? Apakah sebenarnya yang PAS cuba capai dengan perbuatan seperti ini?!!

Bukankah rumah Allah SWT ini milik semua umat Islam? Bahkan masjid di atas juga berkemungkinan besar di bina oleh BN. Adakah PAS cuba menghalang kebenaran daripada sampai kepada penduduk setempat dengan tindakan menguasai masjid ini?!!


Di sesetengah tempat, bukan sahaja bendera dipasang, bahkan pondok-pondok kempen mereka juga didirikan di pintu-pintu masuk, seolah-olah sebagai pos kawalan mengelakkan orang UMNO masuk ke masjid tersebut. Tidakkah PAS ini amat memalukan menjadikan rumah Allah SWT sebagai tempat berkempen mereka?

Dalam hal ini, di manakah peranan Majlis Agama Islam Kedah dalam memastikan institusi masjid tidak disalah gunakan PAS untuk kempen politik mereka?

No comments:

Post a Comment