ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MESTI BACA : MACAM-MACAM HAL YANG BERLAKU SEKITAR MUKTAMAR PAS KE 59 !!!

Saturday 23 November 2013

MESTI BACA : MACAM-MACAM HAL YANG BERLAKU SEKITAR MUKTAMAR PAS KE 59 !!!


Kalau bab bercakap berdegar-degar sampaikan banyak yang meluat dengan tingkah laku sebahagian daripada kepimpinan parti yang mengaku pejuang Islam ni dan bangga diri kononnya puak mereka lah yang terbaik.

Saya sendiri pun ada ketikanya terfikir , apa fungsi Dr. Harun Din dalam PAS??? Dia ni orang agama tapi kenapa boleh duduk diam dalam tu biarkan puak-puak anwarinas dan liberal berleluasa menghasut puak-puak PAS yang sudah pun diCACAIkan selama ni untuk kepentingan Pakatan Haram.


Kerana mulut badan binasa , muktamar kali ini benar-benar memperlihatkan wajah sebenar PAS malah isu PENOLAKAN ULAMA DALAM KEPIMPINAN TERTINGGI PARTI  yang di buat oleh dewan pemudanya seolah-olah nanah yang hanya menanti masa untuk meletup.

Kesakitan itu tidak berakhir di situ , berita mengejutkan tersebar dengan pantas berkenaan pemilihan bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat terpaksa DIBATALKAN kerana berlakunya KESILAPAN TEKNIK pada kertas undi.


Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi berkata proses pemilihan bagi 18 AJK PAS Pusat itu akan diadakan semula pada Sabtu pagi (hari ini). "Kita kesan terdapat kesalahan pada kertas undi, jadi bagi mengelakkan sebarang implikasi yang lebih besar... kita tangguhkan hingga esok," katanya.

Bagaimanapun Asmuni menjelaskan proses pengundian bagi jawatan timbalan dan naib presiden diteruskan seperti yang dijadual-kan.

Kesilapan itu dikesan selepas 45 minit perwakilan melakukan proses pemilihan bermula 4 petang Jumaat. 61 calon bersaing merebut 18 kerusi AJK PAS Pusat yang dipertandingkan.

Hanya di kesan setelah 45 minit proses pemilihan berlaku???

Tuhan bayar cash bro !!!

Ekoran berlaku kesilapan dalam mencetak kertas undi, Jawatankuasa Pemilihan Pas 2013-2015 mengumumkan PERLETAKAN JAWATAN , sebentar tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Asmuni Awi berkata, perkara yang berlaku itu amat dikesali dan atas dasar tanggungjawab, jawatankuasa itu membuat keputusan untuk meletakkan jawatan.

"Kami rasa amat kesal dengan masalah teknikal yang berlaku semalam dalam proses pengundian."

"Hakikatnya kami dapat kesan kesalahan teknikal. Kami semuanya sebulat suara meletak jawatan kerana gagal melaksanakan tugas dengan baik."

"Tapi proses pemilihan perlu diteruskan bagi mengelakkan sebarang keraguan," katanya ketika ucapan permohonan maaf pada Muktamar Pas ke-59, di sini, hari ini.

No comments:

Post a Comment