ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MB & PARA EXCO SELANGOR DAH NAIK GAJI !!! KELANTAN DAN PENANG BILA LAGI ???

Thursday 28 November 2013

MB & PARA EXCO SELANGOR DAH NAIK GAJI !!! KELANTAN DAN PENANG BILA LAGI ???


Kepada para peminat tegar ceramah politik pembangkang khususnya Anwar Ibrahim pasti sudah menghafal kalimah-kalimah retorik seperti ‘Pakatan Harapan Rakyat’, ‘Demi Kesejahteraan Rakyat’, ‘Kerajaan Rakyat’ dan pelbagai lagi yang mempunyai perkataan rakyat.

Boleh dikatakan hampir semua slogan yang digunakan pasti perkataan rakyat akan ditonjolkan, kononnya untuk memberikan gambaran hanya makhluk bernama Anwar sahaja yang mampu membela dan menjaga rakyat. Sehingga ramai di kalangan mereka akhirnya tertipu dengan ‘janji manis’ dan ‘sandiwara’ mereka khususnya rakyat di Selangor.

Namun di sebalik perkataan rakyat itu, majoriti rakyat Selangor dikejutkan dengan kenaikan mendadak gaji dan elaun bulanan semua 56 Adun yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2013. Ia ekoran dari usul yang dibawa oleh kerajaan PKR Selangor ketika persidangan DUN petang semalam yang kemudiannya diluluskan.

Sebelum ni bukan main lagi tuduh kerajaan tak telus makan duit sana , makan duit sini alih-alih mereka juga yang makan lebih dari orang lain.

Ramai bercakap pasal kenaikan gaji Menteri Besar, Speaker, Timbalan Speaker, Ahli Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berkuat kuasa 1 Januari 2014.

Ia dipersetujui sebulat suara ahli dewan dan diluluskan mengikut Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Negeri (Saraan)(Pindaan) 2013.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata ia berpandukan kenaikan sama di Sarawak dan gaji Kerajaan Pusat kepada pegawai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) kendalian Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Ironinya Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali sebelum ini menegur Khalid yang mungkin berbangga dengan rizab 2.8 billion tetapi takut membelanjakannya untuk rakyat Selangor. 

Baguslah, Khalid mendengar kritikan Timbalan Presiden PKR itu dengan menaikan gaji Menteri Besar dan Exco.


Dengan kenaikan itu, gaji Menteri Besar berjumlah RM14,175.15 bakal meningkat kepada RM29.250 iaitu pada kadar 106.4 peratus, Speaker Dewan (RM6.109.29 meningkat 268 peratus kepada RM22,500) dan Timbalan Speaker (RM3,327.50 kepada RM15,570).

Bagi saraan Ahli Exco Kerajaan Negeri pula, gaji RM6,109.29 bakal meningkat kepada RM20,250, meningkat 231 peratus.

Melalui Rang Undang-Undang yang diluluskan itu, saraan bagi setiap ADUN mengikut Seksyen 3 juga dipinda, daripada RM6,000 kepada RM11,250 atau kenaikan 87.5 peratus.

Persoalannya sekarang, apa pula akan diperolehi rakyat Selangor yang sudah mengekalkan kerajaan pakatan rakyat pada PRU 13 lalu?



ANWAR MINTA KHALID BERI PENJELASAN !!!
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi penjelasan berhubung kenaikan gaji yang sangat ketara bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di negeri itu.

Walaupun beliau bersetuju dengan semakan gaji Adun yang sudah lama tertangguh, Anwar berkata Khalid harus memberi penjelasan mengenai kenaikan gaji tersebut kepada Pakatan Rakyat dan orang ramai menerusi media.

“Saya diberitahu kenaikan tersebut agak tinggi dan beliau perlu memberi penjelasan kepada Pakatan Rakyat apakah sebab dia berbuat demikian,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Khamis.

Beliau berkata kenaikan gaji Adun Sarawak tidak boleh dijadikan sebab untuk Selangor mengambil tindakan yang serupa.

Bagaimanapun, Anwar mengakui kenaikan gaji Adun adalah bersesuaian sekiranya ia dilaksanakan berdasarkan merit perkhidmatan yang mereka berikan kepada rakyat.

Anwar berkata demikian sebagai mengulas pengumuman yang dibuat oleh Khalid mengenai kenaikan gaji semua Adun Selangor pada Rabu. - Mstar.



No comments:

Post a Comment