ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SUBHANALLAH,,,ALHAMDULILLAH..,ALLAHU AKBAR...!!! AKU SUJUD SYUKUR KEPADAMU...YA ALLAH !!!

Sunday 17 November 2013

SUBHANALLAH,,,ALHAMDULILLAH..,ALLAHU AKBAR...!!! AKU SUJUD SYUKUR KEPADAMU...YA ALLAH !!!


Alhamdulillah wa syukru lillah atas nikmat iman dan Islam yang telah Engkau kurniakan kepadaku ya Allah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...tak terhitung nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku...

~aku bersyukur padaMU ya Allah kerana telah telah mengurniakan segala nikmat kepadaku...

~aku bersyukur dilahirkan sebagai seorang anak dalam keluarga yang serba sederhana tetapi tinggi nilai kasih sayang dan didikan agama... terima kasih 'mek' dan ayah yang telah membesarku dengan didikan agama...

~aku bersyukur kerana menganugerahkan aku kelebihan berfikir dan kepandaian, dengan anugerah ini, aku akan menggembirakan 'mek' dan ayahku ...

~aku bersyukur kerana begitu ramai yang menyayangiku...

~aku bersyukur telah diberikan kesempatan untuk dididik dengan didikan yang sempurna oleh 'mek' dan ayahku...sejak kecil lagi, aku telah dibentuk dengan acuan agama...

~aku bersyukur yaAllah kerana Engkau telah memeliharaku daripada terjebak dengan gejala2 sosial di luar sana yang bakal mengundang ke nerakaMU..

~aku bersyukur kerana masih dikurniakan 'mek' dan ayah yang sentiasa doakan yang terbaik untukku..

~aku bersyukur kerana Engkau telah memilihku untuk berada di jalan tarbiyah ini..

~aku bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk menimba ilmu dalam majlis2 talaqi..

~aku bersyukur kerana dikurniakan kesempurnaan pada wajah dan anggota tubuh badan yang membolehkanku untuk melakukan segala yang diperintahkan olehMU...

~aku bersyukur kerana setiap kali aku terlalai, Engkau bawa hatiku kembali padaMU...

~aku bersyukur kerana berada dalam keluarga yang berpegang kuat pada agama...

~aku bersyukur kerana menjadi permata bagi segelintir guru-guruku...

~aku bersyukur kerana ada yang mendoakanku tanpa aku menyedarinya...

~aku bersyukur atas kelebihan tutur kata yang Engkau anugerahkan padaku...

~aku bersyukur atas ujian yang Engkau sediakan buatku kerana aku tahu ianya kerana Engkau menyayangi diriku...

~aku bersyukur atas kelemahan2 yang ada padaku kerana aku tahu ianya untuk menghalang aku daripada bersikap berbangga diri...

~aku bersyukur kerana telah dikurniakan hati yg sensitif dan mudah mengalirkan air mata dalam diam...

~aku bersyukur kerana menjadi seorang abang yang akan sentiasa berusaha untuk menjadi qudwah hasanah untuk adik-adikku...

~aku bersyukur atas nikmat yang Engkau berikan kepadaku dengan memberikanku kesempatan menjejakkan kaki ke menara gading..

~aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkanku pabila aku lalai dari mengingatiMU…

~aku bersyukur atas kurniaan rezeki yang Engkau limpahkan padaku dan keluargaku...

~aku bersyukur aku masih mampu berzikir padaMU detik ini di kala ada saudaraku yang lain sedang enak dengan maksiat...

~aku bersyukur kerana pernah diberi kesempatan merasai nikmat cinta duniawi yang sementara, dengan itu aku dapat belajar daripada pengalaman yang lepas dan dapat memberi saranan yang terbaik kepada saudaraku yang lain berdasarkan pengalaman yang telah aku lalui...

~aku bersyukur dengan perasaan malu yang telah Engkau anugerahkan padaku...

~aku bersyukur kerana diberi kesempatan untuk lebih mengenali kekasihMU...

~aku bersyukur kerana diberi kesempatan untuk mengetahui rasul-rasul dan nabi-nabiMU...

~aku bersyukur kerana lisanku bisa membacakan kalamMU dengan fasih ya Allah...

~aku bersyukur kepadaMU ya Allah kerana telah menutup segala keaibanku...

~aku bersyukur atas setiap kekurangan yang telah Engkau berikan kepadaku...

~aku juga bersyukur atas segala nikmat yang tak terhingga yang telah Engkau kurniakan kepadaku...

Sungguh tak terhitung nikmat kurniaanMU...Yaa Allah..
Terima kasih Yaa Allah...
Tak dapat aku ungkapkan betapa tak terhitungnya aku akan nikmatMU...

~aku juga bersyukur kerana air mataku masih bisa menitis di kala jari jemariku bertinta di ruangan ini mengingatkan terlalu banyak nikmat yang telah Engkau kurniakan padaku...Yaa Allah~

~alhamdulillah~

Allah jua penentu segalanya...
Namun aku di sini masih mencari...
Masih tak pasti...
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah...
Cahaya jingga kan menjadi nyata...
Ku menuju padaMU ya Rabb..pimpinlah aku..
Allahumma...
Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu

Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu

No comments:

Post a Comment