ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SANGGUP BERKORBAN DEMI "KESUCIAN MAHKOTA" ANAK GADIS !!!

Wednesday 20 November 2013

SANGGUP BERKORBAN DEMI "KESUCIAN MAHKOTA" ANAK GADIS !!!

Gambar Hiasan
“Saya sanggup serahkan semua wang tunai, komputer riba dan telefon bimbit asalkan anak perempuan saya tidak dirogol perompak,”Siti Aishah Abdullah @ Hun Ban, 44
Bagan Serai : KERIAN - Sekumpulan penyamun bukan hanya melarikan wang tunai dan barangan berharga di sebuah rumah di sini, malah tergamak membelasah tuan rumah serta isterinya tanpa belas kasihan.

Lebih kejam, penjenayah yang memecah masuk kediaman Mohd Ishak Din, 55, di Kampung Matang Merbau, di sini, awal pagi kelmarin itu turut mengugut ingin merogol anak perempuan mangsa.

Isteri mangsa, Siti Aishah Abdullah@ Hun Ban, 44, berkata, dalam kejadian jam 3.30 pagi, dia dan suami sedang tidur di dalam bilik selepas pulang dari berniaga di pasar malam pada jam 2.30 pagi.

Menurutnya, dia hanya menyedari kehadiran empat penyamun itu setelah dikejutkan oleh seorang daripada penjenayah terbabit dan diacukan pisau ke lehernya.


“Terkejut dengan kehadiran mereka, saya segera menjerit sekuat hati meminta tolong. Namun tindakan saya menaikkan kemarahan kumpulan penjenayah itu apabila muka saya ditumbuk bertalu-talu oleh seorang penyamun, manakala suami saya dibelasah dengan sebatang kayu," katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Taiping, semalam.

Turut kelihatan, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Matang Jelutong, Anuar Nusi.

Siti Aishah berkata, dia menangis melihat suaminya dibelasah dan demi menyelamatkan lelaki itu, dia menyerahkan wang modal pusingan perniagaan mereka berjumlah RM4,500 kepada penjenayah terbabit.

Menurutnya, bagaimanapun kumpulan penjenayah terbabit masih tidak berpuas hati dan mendesaknya menyerahkan barangan berharga lain.

“Bimbang anak-anak turut diapa-apakan, saya segera menyerahkan sebuah komputer riba, sebuah komputer dan empat telefon bimbit.

“Walaupun kami menurut arahan mereka, suami saya terus dibelasah menggunakan kayu, manakala mata saya ditumbuk,” katanya.

Siti Aishah berkata, kumpulan penyamun berkenaan akhirnya beredar dari rumahnya setengah jam kemudian dan turut melarikan sebuah kereta Perodua Avanza berwarna biru miliknya.

Menurutnya, setelah kumpulan penyamun terbabit beredar, dia segera mengarahkan anaknya meminta pertolongan jiran untuk menghantar suaminya ke Hospital Parit Buntar untuk mendapatkan rawatan.

“Sejurus tiba di Hospital Parit Buntar, suami saya terpaksa dipindahkan ke Hospital Taiping setelah doktor mendapati luka kecederaannya amat serius dan perlu segera dibedah.

“Saya bersyukur nyawa suami masih panjang dan keenam-enam anak saya tidak diapa-apakan penyamun terbabit,” katanya.

Sementara itu, Mohd Ishak berkata, kumpulan penyamun terbabit memecah masuk rumahnya melalui pintu dapur.

Katanya, walaupun keempat-empat penjenayah itu bertopeng, dia mengesyaki mereka rakyat tempatan berdasarkan percakapan mereka.


Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, dia dan suaminya, Mohd Ishak Din, 55, ditumbuk dan dipukul beramai-ramai oleh penjenayah menggunakan sebatang kayu.

Aishah berkata, kejadian berlaku ketika dia dan ahli keluarganya sedang tidur sebaik pulang dari berniaga di pasar malam berhampiran.

Menurutnya, dia hanya menyedari kehadiran sekurang-kurangnya empat penyamun menceroboh rumahnya selepas dikejutkan daripada tidur oleh seorang daripada suspek yang mengacukan pisau ke lehernya.

“Terkejut dengan tindakan itu, saya menjerit sekuat hati meminta tolong daripada jiran berhampiran.

SH

No comments:

Post a Comment