ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HUDUD !!! PAS KELANTAN TAK USAH BERDOLAK DALIH !!!

Saturday 16 November 2013

HUDUD !!! PAS KELANTAN TAK USAH BERDOLAK DALIH !!!

1) Apakah pendirian untuk melaksanakan hudud itu boleh bertukar jika tidak dipersetujui DAP? 
2) Mengapa ketika musim pemilihan Muktamar baru timbul isu hudud?
3) Apakah lagi alasan yang PAS bakal cipta jika hudud masih gagal dilaksanakan di Kelantan?

Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan sedia laksana hudud

KOTA BHARU: Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan hukum hudud atau Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 sekiranya kerajaan PAS Kelantan mahu menguatkuasakan undang-undang berkenaan dalam masa terdekat.
Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad berkata, pihaknya mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk melaksanakan hukum Islam itu.
Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan PAS Kelantan perlu menambah jumlah hakim sekiranya ia mahu dilaksanakan dalam masa terdekat.

"Hukum hudud boleh dilaksanakan, undang-undang sudah ada. Lantik hakim sahaja. Mahkamah Syariah sudah bersedia pada bila-bila masa, kita tidak ada halangan," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kelantan di Bandar Baru Tunjong di sini hari ini.
Majlis itu disempurnakan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Hudud...Nik Amar Pulak Berdolak-Dalik

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah enggan mengulas lanjut kenyataan Jabatan Kehakiman Syariah negeri yang mendakwa jabatan itu sudah bersedia melaksanakan hukum hudud.

Mohd. Amar berkata, hanya pihak jabatan kehakiman mengetahui apa yang diperlukan termasuk bilangan hakim dan sebagainya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad semalam yang menyatakan pihaknya sudah mempunyai kemudahan mencukupi untuk melaksana hukum itu.

"Saya tak tahu nak komen apa dah kalau dia cakap macam itu, tetapi dia perlu jelaskan apa maksud dengan sudah bersedia."

"Hanya jabatan mahkamah tahu apa yang mereka perlukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Amar ketika ditanya perkembangan kertas kerja yang dirangka pakar undang-undang Perlembagaan, Dr. Abdul Aziz Bari mengenai bagaimana Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dapat dilaksanakan dalam kerangka bidang kuasa negeri, beliau berkata, pihaknya masih menunggu hasil kerja yang dimaksudkan.

Baru-baru ini beliau memberitahu, kerajaan negeri meminta Abdul Aziz membuat cadangan bertulis bagaimana hudud boleh dilaksanakan tanpa sekatan undang-undang.

DAP tutup mulut, biar Kelantan laksana


SHAH ALAM – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menggesa agar DAP tidak campur tangan berhubung isu pelaksanaan hudud di Kelantan.
Beliau berkata demikian menerusi laman sosial Facebook miliknya, hari ini.
“Boleh tak gu gu (kawan-kawan) yang baik dengan DAP cakap pada mereka supaya tutup mulut. Tak perlu menyibuk hal pelaksanaan hudud di Kelantan.

“Di Kelantan, DAP tak ada setengah kerusi pun dalam Dewan Undangan Negeri. Kita tak kacau urusan hudud di Pulau Pinang atau Selangor,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata isu pelaksanaan hudud itu melibatkan orang Islam dan biarkan Kelantan melaksanakannya.
“Biar Kelantan buat. Selepas ini orang lain boleh tiru. Ini urusan agama orang Islam di negeri yang badan membuat undang-undangnya 100 peratus Islam.
“Kita tak kacau demo (mereka) pun,” katanya.

No comments:

Post a Comment