ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BERANI TAK BERTEMPAT : REMAJA LELAKI DITANGKAP GARA-GARA CABAR POLIS TRAFIK !!!

Friday 29 November 2013

BERANI TAK BERTEMPAT : REMAJA LELAKI DITANGKAP GARA-GARA CABAR POLIS TRAFIK !!!



KUALA PILAH – Seorang lelaki berusia 20-an ditahan untuk siasatan selepas didapati melakukan kekasaran terhadap seorang anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah pada 25 November lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, seorang anggota trafik yang bertugas mengawal kesesakan di Jalan Datuk Ulu Muar, dekat sini menyaman sebuah kenderaan kerana didapati menghalang lalu lintas.

"Namun ketika sedang mengambil tindakan untuk mengeluarkan saman, pemilik kenderaan itu muncul dan mempersoalkan tindakan anggota polis terbabit.

“Lelaki itu kemudian bertindak kasar dengan mencabar sambil mencekak baju anggota polis trafik selain merakam gambar insiden itu menggunakan telefon bimbit miliknya,” katanya.

Menurutnya, bagi mengelakkan perkara lebih buruk berlaku, anggota polis trafik meninggalkan tempat kejadian.

“Namun, setibanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah, anggota polis membuka laman sosial Facebook dan terkejut apabila terdapat status yang dipercayai ditulis lelaki berkenaan.

“Entri  itu tertera perkataan maki hamun kepada anggota trafik berkenaan kerana menyamannya, sekali gus menimbulkan rasa malu terhadap anggota trafik tersebut. Bertindak daripada kejadian itu, anggota trafik terbabit membuat laporan polis pada hari sama,” katanya.

Azmi berkata, kini lelaki berkenaan ditangkap untuk siasatan lanjut.

“Kes ini akan disiasat di bawah seksyen 353 kanun keseksaan kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

“Jika sabit kesalahan, membawa hukuman dua tahun penjara atau denda kedua-duanya sekali,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, lelaki berkenaan mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman denda RM3,000 di Mahkamah Seksyen Kuala Pilah, semalam.

sinarharian

No comments:

Post a Comment