بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Daripada Abi Hurairah r.a. katanya :
أَنَّ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – دَخَلَ الْمَسْجِدَ فَدَخَلَ رَجُلٌ فَصَلَّى ثُمَّ جَاءَ فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – فَرَدَّ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – عَلَيْهِ السَّلاَمَ فَقَالَ « ارْجِعْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ » فَصَلَّى ، ثُمَّ جَاءَ فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – فَقَالَ « ارْجِعْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ » . ثَلاَثًا . فَقَالَ وَالَّذِى بَعَثَكَ بِالْحَقِّ فَمَا أُحْسِنُ غَيْرَهُ فَعَلِّمْنِى . قَالَ « إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلاَةِ فَكَبِّرْ ، ثُمَّ اقْرَأْ مَا تَيَسَّرَ مَعَكَ مِنَ الْقُرْآنِ ، ثُمَّ ارْكَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ رَاكِعًا ، ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَعْتَدِلَ قَائِمًا ، ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا ، ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ جَالِسًا ، ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا ، ثُمَّ افْعَلْ ذَلِكَ فِى صَلاَتِكَ كُلِّهَا »
artinya : Sungguhnya Nabi saw pernah suatu hari masuk ke dalam masjid kemudian masuk pula seorang lelaki lalu ia pun bersolat.. Selesai solat dia datang kepada Nabi saw dan memberi salam maka baginda menjawab salamnya kemudian bersabda : “Ulangilah solat mu tadi kerana kamu belum lagi menunaikan solat.” Lalu ia pun solat semula kemudian datang kepada Nabi saw lalu memberi salam. Nabi saw tetap berkata yang sama seperti sebelumnya : “Ulangilah solat mu tadi kerana kamu belum lagi menunaikan solat.” Kejadian ini berulang sampai tiga kali maka berkatalah lelaki itu : “Demi Tuhan yang mengutusmu membawa kebenaran aku tidak mampu melakukan solat lebih baik dari itu. Makanya ajarilah aku!”
Maka Nabi saw pun bersabda : “Jika kamu hendak solat, maka bertakbirlah. Kemudian bacalah ayat Quran yang mudah bagimu (selepas Fatehah). Kemudian rukuklah sampai kamu rukuk dengan tumakninah. Kemudian angkat kepalamu sehingga kamu iktidal dalam berdiri. Kemudian sujudlah dengan tumakninah ketika sujud. Kemudian bangkitlah dan duduk antara dua sujud dengan tumakninah. Kemudian kamu sujud kembali sehingga kamu sujud dengan tumakninah. Kamu kena lakukan seperti itu dalam semua solatmu.” (Hadith Syaikhain)
Kesimpulan
- Tumakninah adalah syarat sah melakukan rukun solat.
- Tanpa tumakninah maka solat tidak sah dan sengaja meninggalkan tumakninah adalah berdosa.
- Jangan laju dalam bersolat kerana solat yang tenang akan mudah mendapat kekusyukkan.
- Beramal adalah penting dalam kehidupan seorang hamba Allah tetapi mendalami ilmu agama adalah lebih penting kerana tanpa ilmu lelaki dalam hadith di atas tidak sah solatnya sekalipun beliau solat berulang kali dansekalipun dia hidup bersama Rasulullah saw pada zaman yang paling berkat.
No comments:
Post a Comment