ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: AGM PPBM : TUN M MOHON MAAF ATAS 'DOSA' SILAMNYA !!!

Sunday, 31 December 2017

AGM PPBM : TUN M MOHON MAAF ATAS 'DOSA' SILAMNYA !!!


Mengakui dirinya cuma manusia biasa, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka di hujung ucapan yang disampaikannya di Shah Alam.

Bekas perdana menteri selama 22 tahun itu berkata beliau memohon maaf sekiranya pernah membuat sebarang kesilapan sepanjang tempoh terbabit dalam politik tanah air.

Katanya sebagai manusia biasa beliau tidak pernah terlelas daripada melakukan kesilapan dari semasa ke semasa.

"Saya seperti manusia lain, tidak mungkin sunyi daripada berkata dan melaku kesalahan. Bukan sahaja hari ini tetapi juga selama saya berkecimpung dalam politik negara.

"Saya pohon maaf terhadap apa juga kesalahan saya selama itu," katanya sebelum mengakhiri ucapannya di IDCC Shah Alam hari ini.

Turut hadir pemimpin kanan parti gabungan Pakatan Harapan, termasuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu serta Pengerusi DAP Tan Kok Wai.

Dr Mahathir kemudian merasmikan mesyuarat agung tahunan pertama parti itu disambut dengan sorakan perwakilan serta pemerhati.

Sementara itu ditemui media selepas menyampaikan ucapan itu, Dr Mahathir - seperti selalu - terus bersikap bersahaja.

Ditanya apakah permohonan maaf itu termasuk atas peranannya dalam kes dakwaan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Operasi Lalang, Dr Mahathir sekadar menjawab: "You can translate anything you want (Kamu boleh tafsirkannya mengikut apa yang kamu mahu)."

Dr Mahathir menjadi perdana menteri dan presiden Umno selama 22 tahun.

Sepanjang tempoh itu pelbagai peristiwa penting berlaku membabitkan pergolakan dalaman atau luaran kerajaan dan parti.

Satu daripada insiden penting dalam politik negara ialah pemecatan Anwar sebagai timbalan perdana menteri serta timbalan presiden Umno pada 1998.

Pemecatan itu mencetuskan gelombang reformasi yang kemudian memberi kesan besar kepada Umno serta BN. Pada pilihan raya umum (PRU) ke-10 pembangkang berjaya menguasai banyak kerusi parlimen dan dewan undangan negeri.

Terengganu juga jatuh kepada pembangkang yang dibentuk oleh PAS dan PKR. Bagaimanapun kerajaan pimpinan PAS itu hanya bertahan selama sepenggal.

Untuk rekod Dr Mahathir kini menjadi salah seorang tokoh paling lantang mengkritik kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Najib pula dipermudahkan menjadi perdana menteri melalui lobi agresif diusahakan Dr Mahathir bagi menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikan beliau pada akhir Okt 2003.

Dalam usaha pembangkang menghadapi BN pada PRU ke-14 Dr Mahathir dan Anwar kembali bekerjasama selepas hampir 20 tahun menjadi seteru.

Pengkritik Dr Mahathir sudah beberapa kali mendesak supaya beliau memohon maaf atas tindakannya selama ini, terutama selepas beliau aktif bersama BERSATU cuba menyatukan parti pembangkan untuk berdepan dengan BN dalam PRU akan datang.

catatan.....
Jejak sang tua seperti longlai, genang air mata menagih simpati, raut muka mengumpan kasih dan tutur bicara meraih pesona. Bijak!!! Lalu bidak catur terus terpukau.
Jika mohon maaf atas kezaliman kepada Anwar, begitu payah untuk dia luahkan, berbelit-belit sejak ditanya anak muda tempohari, apalah lagi yang diharapkan pkr sekandang...masih menyandarkan harapan?
Bakal pm dr kompenan Ph ini, bukanlah berhati mulia benar utk melafazkan maaf secara khusus...pernah dengar permohonan maaf dia kpd waris Memali? Nyawa dan darah jadi korban, inikan pula anwar yang masih berjasad dan bernafas.
Pernah dengar penyesalan Tun M di atas tindakan Operasi Lalang, penggunaan ISA kpd musuh politik dan serba serbi penyelewengan ekonomi?
Pernah T.M meminta maaf? Bukankah umno adalah berfungsi melindungi para kleptomania?
Ph, sekadar mesin basuh atau pemadam dosa bagi para durjana negara khususnya dari umno dan individu tertentu.
Islam memimpin bukan dipimpin.

No comments:

Post a Comment