BACHOK - Seorang lelaki berusia 20 tahun yang dipercayai suami kepada suspek kes viral pukul wanita iaitu Mok Biey ditembak pada kaki kanan dan kiri dalam kejadian jam 1 pagi tadi.
Kejadian berlaku ketika mangsa berada di perkarangan rumahnya di Kampung Pauh Sembilan, Tawang, Bachok.
Mangsa dikatakan ditembak dua lelaki tidak dikenali yang menaiki motosikal.
Mangsa kini berada di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, bagi mendapatkan rawatan susulan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Viral kes pukul: Polis buru Mok Biey]
sinarharian
No comments:
Post a Comment