ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ISU BERGAMBAR : NURUL IZZAH SEBAK, DEWAN RAKYAT KECOH

Friday, 4 December 2015

ISU BERGAMBAR : NURUL IZZAH SEBAK, DEWAN RAKYAT KECOH


KUALA LUMPUR - Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) hari ini tampil memberi penjelasan kepada Dewan Rakyat berhubung kontroversi gambarnya yang tersebar dengan anak pengganas Sulu, Jacel Kiram.

Suasana dewan menjadi kecoh apabila Nurul Izzah memulakan penjelasan.

"Saya mahu kemelut ini selesai segera. Saya turut bersedih atas pemergian wira-wira kita ini termasuk bahaya lanjut yang terus dihadapi di Sabah.

"Saya berasa amat kesan dan memohon maaf terutama kepada semua mangsa tragedi Lahad

Datu dan kesemua rakyat Malaysia yang terkesan dan marah dengan gambar tersebut," katanya dengan nada sebak pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.


Akui terkesan dengan tuduhan berat yang dilemparkan terhadapnya, Nurul Izzah menegaskan pertemuan dengan Jacel Kiram itu tidak dirancang.

"Saya ke Filipina pada 9 dan 10 November atas jemputan kerajaan Filipina dan salah satu acara tersebut majlis makan malam terbuka yang diatur tuan rumah iaitu Majlis Hal Ehwal Filipina dan Institusi Demokrasi Asia, Pejabat Datuk Bandar Manila, Pejabat Naib Presiden Filipina dalam menyokong desakan PBB agar bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan serta merta.

"Lawatan ini melibatkan perbincangan antaranya peluang ruang demokrasi, urus tadbir negara yang baik dan tentunya sokongan terhadap desakan PBB itu. Penganjur mengelola sesi berfoto secara berkumpulan, saya bergambar dengan semua yang hadir sebagai dukungan terhadap keputusan PBB. Penganjur sediakan plakad," katanya.

Katanya, Jacel Kiram salah seorang daripada tetamu yang dijemput penganjur dan dimaklumkan bahawa Jacel Kiram merupakan calon pilihanraya kongres Filipina.

"YB Batu beredar seketika lebih awal dan beliau tiada kena mengena dengan penganjur.

"Gambar yang dimuatnaik di laman media sosial peribadi Jacel bukan saya seperti didakwa oleh mana-mana pihak. Saya tegaskan saya salah seorang jemputan, tidak pernah rancang pertemuan atau berkenalan dengan Jacel Kiram," katanya.

Sesi perbahasan bagi usul itu terus menjadi kecoh apabila ahli Parlimen BN mula berbahas.

Meskipun beberapa kali ditegur Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, suasana tetap kecoh sehingga Pandikar terpaksa memberi amaran untuk mengeluarkan wakil rakyat yang mengganggu perbahasan.
SH

No comments:

Post a Comment