ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: LEBUHRAYA KL - KARAK DI BUKA SEMULA HARI INI

Saturday 14 November 2015

LEBUHRAYA KL - KARAK DI BUKA SEMULA HARI INI


KUALA LUMPUR 14 Nov - Lebuhraya Karak- Kuala Lumpur yang ditutup sejak 11 November lalu selepas kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur dibuka semula bermula hari ini (Sabtu).
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, lebuh raya berkenaan dibuka secara berperingkat bermula jam 2 petang dengan pembukaan satu lorong untuk kenderaan ke Pantai Timur dan Kuala Lumpur.
Katanya, laluan kontra itu bermula dari KM52.4 sehingga KM50.
“Pembukaan sepenuhnya lorong bagi kedua-dua hala dijangka pada Ahad (15 Nov) bermula jam 2 petang,” katanya menerusi kenyataan media.
Fadillah berkata, kelewatan pembukaan semula jalan berkenaan itu kerana pihak konsesi perlu membaikpulih permulaan jalan yang rosak kerana kejadian itu.
Katanya, pihak konsesi dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan memantau lokasi kejadian setiap masa bagi keselamatan pengguna.
“Pengguna akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengenai perkembangan pembukaan laluan ini,” katanya.


No comments:

Post a Comment