SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengesahkan beliau akan mengadakan pertemuan dengan Jawatakuasa Dewan Harian Pas Pusat hari ini.
Ujarnya pertemuan itu akan diadakan di Ibu Pejabat Pas Jalan Raja Laut sekitar jam 2 petang.
"Sekembali saya dari China, saya menerima pesanan whatsapp dari Setiausaha Agung Pas menjemput saya menemui Jawatankuasa Dewan Harian Pas Pusat.
"Saya telah memberikan tarikh 30hb November (hari ini) untuk pertemuan itu, insya-ALLAH saya akan hadir" katanya dalam satu kenyataan medianya.
Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan menetapkan 24 November lalu untuk mengadakan pertemuan itu, namun ditunda atas sebab faktor kesihatan Husam.
Pertemuan itu diadakan bagi mendengar penjelasan Husam berhubung isu yang dibangkitkan beliau sebelum ini berkaitan pentadbiran Kelantan, dan dakwaan beliau mengenai tindakan Presiden Pas Datuk Abdul Hadi Awang yang mahu mewujudkan kerjasama politik antara Pas dan Umno di Selangor.
SH
No comments:
Post a Comment