ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: 2 KANAK-KANAK LEMAS DI LAGUN PANTAI SERI TUJUH KETIKA CARI KEPAH

Friday 20 November 2015

2 KANAK-KANAK LEMAS DI LAGUN PANTAI SERI TUJUH KETIKA CARI KEPAH


TUMPAT - Aktiviti empat sekawan yang mencari kepah di lagun Seri Tujoh di sini bertukar tragedi apabila dua daripada mereka dipercayai lemas.

Dua kanak-kanak yang dikenali sebagai Khairul Nizam, 11, dan Haikal, 9, dikatakan tidak sempat menyelamatkan diri apabila air pasang secara tiba-tiba.

Seorang saksi yang juga rakan mangsa, Mohd Aiman Masoho, 10, berkata mereka ke lokasi mencari kepah itu kira-kira jam 1 tengah hari dan pada masa itu air sungai belum pasang.

"Kami menyeberang sungai dalam jarak sejauh 400 meter untuk ke tempat biasa kami mencari kepah.
" Sebaik menyedari air mula pasang, kami mengambil keputusan untuk kembali ke daratan dan ketika itulah tiga kawan saya lemas dan seorang daripada mereka sempat diselamatkan orang kampung yang kebetulan berada di situ," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

No comments:

Post a Comment