ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DAP TAK SENANG DUDUK BILA PAS BERBAIK DENGAN UMNO

Tuesday, 17 November 2015

DAP TAK SENANG DUDUK BILA PAS BERBAIK DENGAN UMNO


Api kebencian DAP terhadap parti Pas sudah tidak boleh lagi dipadamkan malah semakin marak dengan luahan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng ketika menyampaikan ucapan pada Kongres Wanita Kebangsaan DAP 2015 di Kuala Lumpur semalam.
Apa lagi apabila melihat Pas begitu kerap memihak kepada UMNO sejak tidak menyertai pakatan pembangkang.
Apa masalah DAP?
Kata Guan Eng, jika Pas boleh berbuat jahat dengan Kelantan berikutan kenyataan Datuk Husam Musa mengenai pembalakan haram, tidak mustahil Pas juga akan berbuat perkara serupa ke atas Selangor.
"Walaupun Menteri Besar Selangor, Azmin Ali masih tidak memecat Pas, kami DAP tidak akan keluar daripada kerajaan negeri sebab untuk memastikan Pas tidak berbuat jahat seperti di Kelantan," katanya.
Kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu, Pas memang sudah jelas memihak kepada UMNO walaupun Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sering membuat penafian.
"Pas sekarang sudah berubah. Contohnya, dulu Pas menolak parti rasis seperti NGO Perkasa tetapi hari ini boleh pula bekerjasama dengan Pengerusinya, Datuk Ibrahim Ali.
"Kini mereka (Pas) jelas menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam skandal 1MDB ataupun ketika pembangkang sibuk membuat bantahan tentang Bajet 2016, Pas mengambil sikap berkecuali dan berdiam diri," katanya.
MG

No comments:

Post a Comment