IPOH: Dua anggota tentera terbunuh dan dua lagi cedera parah selepas kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM ) yang dinaiki mereka terbalik di KM232.6 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dekat Kuala Kangsar, kira-kira 40km dari sini.
Jurucakap polis berkata pemandu itu dipercayai hilang kawalan terhadap kereta tersebut yang melanggar pembahagi jalan dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 petang Khamis.
Kereta perisai itu terbalik dan menyebabkan empat anggota tentera di dalamnya terperangkap.
Ketua Balai Bomba Kuala Kangsar Ismail Darus berkata, mereka berjaya menyelamatkan pemandunya, Leftenan Korporal Freaddy Barbalas, dan Koperal Sharifuddin Abdullah.
"Kedua-duanya telah dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan," katanya.
Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Sarjan Bayong, yang meninggal dunia di tempat kejadian, dan Korperal Che Mohd Patanah Che Ismail, yang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
MStar
AL FATIHAH UNTUK ANGGOTA TENTERA YANG MENINGGAL DUNIA.
SEMOGA ALLAH TEMPATKAN ROH MEREKA BERSAMA GOLONGAN YANG BERIMAN.
SEMOGA ALLAH TEMPATKAN ROH MEREKA BERSAMA GOLONGAN YANG BERIMAN.
No comments:
Post a Comment