Cubaan tiga lelaki ingin melepaskan diri selepas ditahan kerana memiliki pistol dan positif dadah dengan menyatakan bekerja dengan seorang ‘Datuk’ tidak berhasil apabila mereka ditahan malam semalam.
Kejadian bermula apabila seorang daripadanya yang berusia 30-an ditahan pukul 10 malam di Jalan Ali di sini, kerana angkuh apabila disaman polis kerana meletak kereta di parkir golongan orang kurang upaya (OKU).
Lelaki terbabit dilihat mengambil surat saman tersebut sebelum mengoyak serta membuangnya dan perbuatan itu dilihat sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Muar yang melakukan rondaan.
Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, melihat keadaan yang mencurigakan itu, anggota narkotik berkenaan menghampiri lelaki tersebut dan memperkenalkan diri sebagai polis sebelum melakukan pemeriksaan.
“Lelaki itu memberi kerjasama namun dalam keadaan angkuh mendakwa bertugas sebagai pengawal peribadi kepada seorang ‘Datuk’. Hasil pemeriksaan pada badan dan beg sandang suspek, pihaknya menemui sepucuk pistol semi otomatik bersama dua kelopak dan 30 butir peluru serta Surat Kebenaran Membawa dan Mengguna Senjatapi.
“Walaupun mempunyai surat kebenaran lelaki lingkungan 30-an itu melakukan kesalahan kerana membawa senjata api ketika dalam keadaan mabuk atau tidak tenteram," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya, suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar dan ujian air kencing mendapatinya positif syabu dan dia ditahan dengan pistol semi otomatik itu dirampas bagi membantu siasatan.
Bagaimanapun katanya, tidak lama selepas itu dua rakan setugas lelaki tersebut yang juga mengaku pengawal peribadi kepada seorang lelaki berstatus ‘Datuk’ datang ke IPD dan ingin membebaskan rakannya itu.
“Kami menjalankan ujian air kencing dan mendapati kedua-dua lelaki lingkungan 20-an hingga 30-an itu turut positif dadah," katanya dan memberitahu kemudian seorang lelaki mengaku ‘Datuk’ lingkungan 30-an datang ke IPD itu.
Menurutnya, lelaki yang mengaku sebagai ‘Datuk’ itu juga disiasat dan hasilnya, mengaku gelaran berkenaan bukan anugerah dari dalam negara sebaliknya negara lain tetapi tidak menahannya.
Katanya, polis masih menjalankan siasatan termasuk kes penyamaran di sekitar daerah ini dan berharap orang ramai yang mempunyai maklumat tampil bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Akta Senjata 1960 dan Akta Dadah Berbahaya. Kami akan melengkapkan kertas siasatan dan kes ini akan dirujuk kepada timbalan pendakwaraya untuk tindakan lanjut," katanya.
utaranews

No comments:
Post a Comment