ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MH17 : PUTIN, RUSIA 'BERSALAH' - WHITE HOUSE

Saturday, 26 July 2014

MH17 : PUTIN, RUSIA 'BERSALAH' - WHITE HOUSE



WASHINGTON: White House pada Jumaat berkata Presiden Rusia Vladimir Putin 'bersalah' menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 dalam zon perang di Ukraine dan mengulangi kerjasama dengan Kesatuan Eropah dan G7 untuk mengenakan lebih sekatan ke atas Moscow.


Jurucakap White House, Josh Earnest membuat beberapa komen tegas sejak pesawat ditembak jatuh, mengaitkan kejadian itu dengan Rusia, di mana Amerika Syarikat turut membuat kritikan kerana menyediakan senjata untuk pemisah Ukraine.



"Apa yang kami tahu, pesawat Malaysia Airlines ditembak jatuh oleh peluru berpandu yang dilancarkan dari permukaan tanah. Ia telah dilancarkan dari tanah di kawasan yang dikuasai oleh puak pemisah, dan di kawasan di mana Ukraine sendiri sebenarnya tidak mengendalikan senjata anti-pesawat pada masa itu," kata Earnest kepada pemberita di White House.



"Jadi itulah sebabnya kita telah membuat kesimpulan bahawa Vladimir Putin dan Rusia bersalah dalam tragedi ini," katanya.


Naib Presiden, Joe Biden telah bercakap dengan Presiden Ukraine Petro Poroshenko mengenai siasatan nahas dan juga dinamik politik negara pada Jumaat, menurut kenyataan berasingan White House.


"Presiden Poroshenko menekankan bahawa walaupun dengan pembubaran parti pemerintah di parlimen Ukraine, kerajaan akan meneruskan kerja-kerja bagi menangani pembaharuan ekonomi yang kritikal," katanya dalam satu kenyataan.



"Presiden Poroshenko juga memaklumkan naib presiden bahawa Rusia terus membekalkan senjata berat dan peralatan kepada puak pemisah, dan tentera Ukraine semakin berdepan risiko diserang secara terus dari kedudukan di sebelah sempadan Rusia," katanya.



Biden memberitahu Poroshenko bahawa Amerika Syarikat telah bekerjasama dengan Kesatuan Eropah dan G7 untuk mengenakan sekatan lanjut terhadap Rusia yang melakukan "tindakan menyebabkan ketidakstabilan dan tidak bertanggungjawab di Ukraine."

mStar

No comments:

Post a Comment