ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: EMPAT CUBA SAMUN RUMAH PEGAWAI KANAN TINGGI POLIS

Friday, 13 June 2014

EMPAT CUBA SAMUN RUMAH PEGAWAI KANAN TINGGI POLIS


KUALA LUMPUR - Niat empat lelaki dipercayai untuk menyamun rumah seorang pegawai kanan polis berpangkat datuk di Damansara di sini hari ini tidak kesampaian, selepas dikejutkan dengan satu das tembakan.

Menurut sumber polis, dalam kejadian 7 pagi itu, empat lelaki dipercayai warga Indonesia menaiki dua motosikal, berlegar-legar di hadapan pagar rumah pegawai polis berkenaan.

Dua anggota polis kemudiannya menghampiri kumpulan lelaki itu sebelum seorang daripada kumpulan lelaki itu mengeluarkan objek dipercayai senjata api.

Anggota polis berkenaan bertindak melepaskan satu das tembakan amaran menyebabkan kumpulan penjenayah itu melarikan diri.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Zinin ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan. 
Bernama

No comments:

Post a Comment