ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KAWASAN TERTUTUP, TANDAS R&R JADI KAWASAN LARANGAN MEROKOK

Tuesday, 17 June 2014

KAWASAN TERTUTUP, TANDAS R&R JADI KAWASAN LARANGAN MEROKOK



IPOH: Semua kawasan tertutup di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di semua lebuh raya diwartakan sebagai kawasan bebas dan larangan merokok pada tahun ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, ia membabitkan kawasan makan dan tandas di R&R.

Katanya, perbincangan telah diadakan dengan beberapa agensi berkaitan dan kesemua bersetuju untuk melaksanakan arahan itu sebelum akhir tahun ini.

"Kami mahu melaksanakan arahan ini dengan kadar segera.

"Mereka yang ditangkap kerana merokok boleh didenda antara RM250 dan RM500," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia di Mydin Mall Meru Raya di sini, Selasa.
Mstar

No comments:

Post a Comment