ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SABAR MENURUT SYARIAT ISLAM

Tuesday, 17 June 2014

SABAR MENURUT SYARIAT ISLAM


Menurut syariat Islam Sabar bermaksud tabah menghadapi sesuatu keadaan yang tidak disenangi oleh manusia serta rela menyerah diri kepada Allah dan tidak pernah mengenal putus asa. Contohnya, sabar menunaikan sembahyang lima waktu sehari semalam dan sabar ketika menghadapi kesakitan dan berusaha mengubatinya.

Terdapat lima tahap kesabaran yang perlu diamalkan oleh umat Islam....
i) Kesabaran dalam perjuangan seperti ketika berperang menghadapi musuh atau berjuang menjalankan dakwah Islam kepada orang ramai atau kesabaran sewaktu menuntut ilmu pengetahuan.
ii) Kesabaran menanggung musibah atau ujian penderitaan seperti Allah memberi ujian kesakitan dalam diri manusia.
iii) Kesabaran ketika ditimpa kemiskinan dalam kehidupan seperti pendapatan yang semakin berkurangan, tanggungan yang semakin ramai dan harta benda hilang dicuri orang.
iv) Kesabaran ketika Allah memberi kesenangan supaya berwaspada menggunakan kesenangan yang ada untuk dibelanjakan pada jalan yang diredai Allah.
v) Kesabaran ketika menunaikan ibadat yang diwajibkan seperti berpuasa dalam bulan Ramadan dan kesabaran meninggalkan segala amalan yang diharamkan oleh Allah seperti memfitnah dan mengumpat orang lain.

Kepentingan sifat sabar kepada seseorang Islam dan masyarakat Islam.
i) Manusia akan lebih berhati-hati di dalam menghadapi perjuangan kehidupan.
ii) Manusia akan memiliki sifat ketahanan diri yang berterusan dan tidak mudah putus asa dan kecewa.
iii) Manusia akan lebih rajin dalam usaha untuk mencapai sesuatu yang dicita-citakan.
iv) Manusia akan lebih kuat mengingati Allah kerana mereka mengetahui bahawa Sikap orang beriman ketika menerima ujian Allah SWT ialah:
  • i) Tidak mudah berputus asa dan kecewa kerana dia menginsafi bahawa semua yang berlaku adalah daripada ketentuan Allah.
  • ii) Tabah menghadapi ujian Allah dengan reda dan lapang dada.
  • iii) Mereka sentiasa sabar menyelesaikan sesuatu masalah biarpun cara penyelesaiannya memakan masa yang panjang.

Sikap orang yang tidak beriman ketika menerima ujian Allah SWT ialah:
i) Mereka akan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan syariat Islam ketika menyelesaikan ujian daripada Allah.
ii) Mereka cepat berputus asa dan kecewa ke atas takdir dan ketentuan Allah yang diberikan kepada mereka.
iii) Mereka terus menyalahkan takdir Allah SWT tanpa bermuhasabah ke atas perbuatan yang pernah dilakukan pada masa lalu.

Dua sebab Allah menurunkan pelbagai ujian kepada manusia.
i) Bagi menentukan golongan yang benar-benar ikhlas beriman kepada Allah dan bagi memastikan golongan yang pura-pura beriman kepada Allah.
ii) Sebagai membuktikan kekuasaan dan kebijaksanaan Allah di dalam mencipta alam ini.

Di dalam menghadapi ujian Allah terdapat cara yang berbeza dilakukan oleh orang beriman dengan orang yang kufur. 

Tindakan yang dilakukan oleh orang beriman ketika menjalani ujian Allah ialah.....
i) Menyedari ujian yang menimpa ke atas dirinya hanya bersifat sementara.
ii) Semakin meningkatkan semangat beribadat kepada Allah dengan penuh reda dan tawaduk.
iii) Berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan cabaran yang menimpa dirinya.
iv) Menerima ujian Allah dengan sabar, tenang dan tabah.

Tindakan yang dilakukan oleh orang yang kufur ketika menjalani ujian Allah ialah:
i) Cepat berputus asa dalam ujian dan berterusan menyalahkan takdir.
ii) Bertindak meninggalkan suruhan Allah kerana mereka berpendapat Allah tidak menyayangi diri mereka.
iii) Sanggup melakukan larangan Allah asalkan kesulitan dan penderitaan yang dilaluinya dapat diselesaikan dengan apa cara sekali pun.
iv) Mereka menganggap masa depan telah musnah dan kehidupannya tidak berguna lagi.

insyaAllah....semoga ia dapat membantu kita semua.

No comments:

Post a Comment