Di sini saya ingin kongsikan rahsia untuk mengecap bahagia, ianya KHAS untuk pasangan yang dah berkahwin saja.
Orang bujang kalau nak praktik amalan ni sila kahwin dulu baru boleh :)
Kalau yang sedang bermasalah rumahtangga lagi sesuai untuk praktik amalan ni.
Inilah dia RAHSIA SEBENAR mengapa nenek dan datuk kita berjaya mengekalkan perkahwinan walaupun mereka tak pernah kenal pun, sebelum ni, tahu tahu dah jadi suami isteri dan hidup bahagia. InsyaAllah...anda pun boleh.
Inilah 6 rahsia itu..
- Jangan sidai pakaian dalam di tempat terbuka yang boleh dilihat umum. Hendaklah ia disidai di ruang yang agak tertutup & terlindung dari penglihatan manusia. Ini nasihat dari orang tua tua yang tidak patut di pandang remeh.
- Semasa berjimak biasanya pasangan suami isteri mempunyai kain khas untuk membersihkan cairan yang keluar dari kemaluan. Kain ini seeloknya jangan dikongsi kerana dikhuatiri akan menimbulkan rasa benci satu sama lain. Masing masing harus ada 1 kain.
- Jika ada pembantu rumah, jangan benarkan ia masuk untuk mengemas ke dalam bilik tidur anda. Bilik tidur adalah kawasan privasi untuk suami isteri & tempat tersimpannya segala rahsia pasangan, jangan bongkarkan kepada orang luar. Sentiasa kunci bilik tidur bila anda tiada di rumah.
- Untuk mengeratkan lagi rasa cinta, bila pasangan minum air, anda juga kena minum pada bekas mulut di tempat yang sama pasangan anda minum. Romantik & menjiwakan!.
- Bila pasangan anda tidak habis makan, anda digalakkan untuk habiskan baki makanannya. Bagi yang telah mempunyai cahaya mata, ambil makanan dari pinggan anda jika anak anak mahu menambah makanan lagi, biarkan mereka makan dari bekas air tangan ibu bapa.
- Namun jangan sesekali ibu bapa menghabiskan makanan dalam pinggan anak. InsyaAllah jika diamalkan kasih sayang akan sentiasa mengalir & berputar dalam diri anda & keluarga.
Jika ditanya pada saya dari segi saintifik bagaimana semua di atas boleh mengeratkan hubungan, saya tiada jawapannya. Maaflah saya bukannya pakar sains. Tetapi buktinya telah ada dan inilah sebahagian rahsia yang dikongsikan mereka pada saya.
Bagaimana? Nak cuba buat?
No comments:
Post a Comment