ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KEPUTUSAN RASMI #PRKKAJANG 23 MAC 2014

Sunday, 23 March 2014

KEPUTUSAN RASMI #PRKKAJANG 23 MAC 2014


KAJANG, 23 Mac – Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mengekalkan penguasaannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan majoriti  5,379 undi.
Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berjaya memperoleh sebanyak 16,741 undi.
Dengan keputusan itu, Wan Azizah berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun yang mendapat 11,362 undi.
Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Kajang, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman kira-kira pukul 9.05 malam, Ahad.
Turut hadir di pusat penjumlahan undi di Komplek Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
Sehingga proses pengundian ditutup secara rasmi pada pukul 5 petang tadi, seramai 28,314 atau 72 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Pada PRU-13, PKR menang di kerusi DUN Kajang menerusi wakilnya, Lee Chin Cheh dengan majoriti 6,824.
Lee bagaimanapun mengosongkan kerusi DUN Kajang tanpa sebab pada 27 Januari lalu bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil menerusi rancangan ‘langkah Kajang’ yang dirancang PKR.
11,362 undi
16,741 undi
Keputusan Rasmi Penuh PRK N25 Kajang.
Jumlah layak mengundi : 39,278
Chew Mei Fun (BN) : 11,362
Wan Azizah Wan Ismail (PKR) : 16,741
Jumlah pengundi : 28,314
Peratus : 72.1%
Undi ditolak : 176
Majoriti : 5,379

Untuk rekod, undi diperoleh pada PRU 2013: 19,571 dengan majoriti 6,824.

No comments:

Post a Comment