ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BAHAYA KEADAAN OMBAK DI TENGAH LAUTAN HINDI !!! (VIDEO INSIDE)

Tuesday, 25 March 2014

BAHAYA KEADAAN OMBAK DI TENGAH LAUTAN HINDI !!! (VIDEO INSIDE)


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan MH370 terhempas di Selatan Lautan Hindi.
Beliau mengesahkan mimpi ngeri yang selama ini ada dalam kotak pemikiran kita tetapi tidak mahu kita terima.
Kita tetap berdoa agar keajaiban berlaku dan semua yang terlibat pulang dengan selamat.
Namun, kita hanya mampu merancang… tuhan jua yang menentukan segalanya.
Kini, tumpuan adalah untuk mencari mangsa di dasar lautan dan serpihan serta bangkai pesawat.
Perasankah anda… kenyataan Najib bahawa MH370 terhempas bukan bersandarkan sebarang penemuan serpihan tetapi berdasarkan laporan satelit.
Bermakna, pencarian MH370 terutama kotak hitam sebenarnya masih sukar dan mungkin masih jauh.
Penemuan beberapa serpihan yang dilaporkan beberapa negara belum dapat disahkan sebagai milik MH370.
Justeru… mencari MH370 termasuk jasad penumpangnya masih jauh.
Suasana lautan dan kedalaman Lautan Hindi yang ada kawasannya sehingga 7 kali ganda ketinggian KLCC pasti boleh memberikan kita serba sedikit gambaran akan cabaran yang menanti pasukan mencari MH370.l anggota SAR, mungkin ada yang pertikaikan ‘kenapa cuai sangat?’
Namun jika melihat pada gelora Lautan Hindi seperti video ini, mungkin kita dapat membayangkan betapa sukarnya operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) yang dijalankan di sana.
Itu belum dikira kalau cuaca buruk.
Tidak hairanlah bila ada yang menggambarkan mencari objek sebesar pesawat di Lautan Hindi umpama mencari sebilah jarum di padang bola meskipun ia mungkin kedengaran keterlaluan!
Justeru jika kita hanya berada di sini dan bukannya bersama anggota SAR yang terpaksa mengerah keringat dan menyabung nyawa melawan ombak dan badai yang menggila di Lautan Hindi, apa perlu dilakukan adalah berdoa agar segala usaha mereka dipermudahkan – bukannya hanya mengkritik.
Pada masa sama, kita harus bersyukur dan berterima kasih di atas setiap bantuan yang diterima bagi merungkai misteri kehilangan MH370 kerana nyata, ia bukan satu usaha senang terutama bila membabitkan Lautan Hindi. 
MYNEWSHUB

No comments:

Post a Comment