ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TRAGEDI KEHILANGAN PESAWAT MH370 AKAN KEKAL MISTERI SELAMANYA !!!

Tuesday, 25 March 2014

TRAGEDI KEHILANGAN PESAWAT MH370 AKAN KEKAL MISTERI SELAMANYA !!!


Pakar industri penerbangan beranggapan andai kotak hitam penerbangan MH370 ditemui pun, ada kebarangkalian misteri yang menyelubungi kehilanganya tidak akan terjawab sampai bila-bila.
Mengikut laporan AFP mereka percaya perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit tidak mungkin menjawab tentang teka-teki mengapa dan bagaimana kapal itu dilencongkan ribuan batu jauh dari laluan sebenar.
Benar… banyak persoalan yang tidak mungkin terjawab semata-mata berdasarkan rakaman perbualan itu sahaja.
Antaranya… sukar untuk difahami mengapa ia melencong ketika hubungan dari menara kawalan Kuala Lumpur sepatutnya diserahkan kepada menara di Vietnam.
Sukar untuk difahami juga mengapa ia diterbangkan di bawah radar…untuk mengelak dikesan? Mengapa harus mengelak?
Tidak ada panggilan kecemasan dibuat… Mengapa? Mengapa pula semua alat komunikasi dimatikan secara berperingkat-peringkat.
Semua petanda memperlihatkan ia dirampas dan perkara itu disahkan pasukan penyiasat kerajaan.
Namun, pada masa yang sama… tidak ada sebarang tuntutan wang atau politik pun yang dibuat…MENGAPA?
Seolah-olah ia dilarikan dari laluan asal semata-mata untuk ditamatkan hayatnya di Lautan Hindi.
Tetapi, mengapa perlu mengambil risiko untuk terbang rendah masuk kembali ke semenanjung Malaysia andai niat di hati adalah untuk menjunam di Lautan Hindi?
Kalau laut yang dicari… mengapa tidak terus ke Lautan Pasifik? Dengan itu tidak perlu terbang rendah bawah radar… Mengapa harus ke Lautan Hindi?
Kalau hendak kata kapal itu terbakar… takkan dari pukul 1 pagi sampai 8 pagi ia terbakar?  Ping terakhir ke satelit adalah pukul 8.11 pagi… bermakna ia masih terbang antara masa ia hilang hubungan ke waktu ping terakhir.
Semuanya tidak masuk akal… sebab itu kehilangan MH370 adalah misteri terhebat industri penerbangan dunia.
Apabila kita berhadapan dengan suasana yang begitu kompleks… maka gerak kerja kita pun tidak boleh teratur. Menghukum kerajaan Malaysia sebagai lemah dan sebagainya hanyalah sikap ‘benci semua yang kerajaan buat’ semata-mata dan bukannya memberikan ruang secara rasional bersandarkan realiti kejadian.
Pada masa ini, cabaran terbesar Malaysia adalah untuk mendapatkan kotak hitam kapal tersebut bagi mula mendapatkan petunjuk-petunjuk penting untuk menentukan punca kapal terbang itu hilang selepas ia bertolak dari Kuala Lumpur dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac.
Perjalanan yang mengelirukan itu… rasanya akan kekal sebagai misteri selama-lamanya….
MYNEWSHUB

No comments:

Post a Comment