Sungguh melucukan sekali apabila Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti mengeluh seakan mencemburui usaha diplomasi oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub yang melakukan kunjungan rasmi menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya beberapa hari lepas.
Kata Nik Aziz, pertemuan rasmi sebegitu adalah sesuatu yang tidak dijangkakan sama sekali kerana dakwanya sepanjang lebih 20 tahun beliau menjadi Menteri Besar menerajui Kelantan tidak pernah ada perjumpaan sedemikian rupa diaturkan untuk membolehkannya menemui Perdana Menteri.
“23 tahun baru boleh jumpa, payahnya Menteri Besar pembangkang nak jumpa perdana menteri, saya tidak tahu apa yang menyebabkan (Perdana Menteri) buka pintu,” itu keluhannya seolah-olah membayangkan inilah pertama kalinya PM meluangkan masa bertemu MB Kelantan.
Bagi penyokong PAS yang masih muda belia atau dari jenis totok hijau berkarat tentu sahaja merasakan betapa terpinggirnya Kelantan sewaktu Nik Aziz menjadi Menteri Besar sehingga langsung tidak dipedulikan dan sengaja dipinggirkan oleh Perdana Menteri sejak dari zaman Tun Dr Mahathir, Pak Lah hinggalah ke zaman pemerintahan Datuk Seri Najib.
Nada Nik Aziz macam manusia yang tak puashati..23 tahun dituduhnya PM Kerajaan BN seoaalh tak sudi jumpa beliau...walhal banyakali PM Kerajaan BN bertemu beliau di majlis rasmi, apakah dia lupa atau apakah ketika itu dia tidak minta untuk buat pertemuan khas???
No comments:
Post a Comment