ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: @HishammuddinH2O @Zahid_Hamidi @PDRMsia SIASAT SEGERA !!! APAKAH BENAR ANGGOTA TLDM INI MATI LEMAS ATAU DI BUNUH ???

Tuesday 10 December 2013

@HishammuddinH2O @Zahid_Hamidi @PDRMsia SIASAT SEGERA !!! APAKAH BENAR ANGGOTA TLDM INI MATI LEMAS ATAU DI BUNUH ???

ismaily
Dalam mencari artikel-artikel hot, admin terjumpa artikel ini. Pada fahaman admin setelah membaca berita ini, ada sesetengah pihak menyanggkal dan mempersoalkan adakah anggota TLDM ini mati tebunuh(mati lemas) atau mati dibunuh ??? 
Tak berani admin nak mengesahkan kejadian sebenar yang berlaku, jadi admin copy artikel yang dikonsi RAKAN BLOGGER . 

Jom baca artikel ini dan rakan-rakan pembaca yang bijaksana nilailah sendiri samada arwah mati terbunuh atau mati dibunuh.....Wallahu A'lam Bishawab

INI ARTIKEL YANG ADMIN PEROLEHI :-
Agak keberatan penulis hendak menaip kisah ini kerana secara jujur, tidak banyak maklumat yang ada pada penulis.
Namun, melihat gambar dan kenyataan ini berlegar dengan begitu meluas di media sosial, maka penulis terpanggil juga membawa isu kejadian ini ke tengah.
Apa yang penulis taipkan adalah berdasarkan analisis sendiri daripada status yang dimuat naik salah seorang pengguna Facebook.
Apa yang penulis faham, mangsa dalam gambar ini dikenali sebagai Asruf dan berasal dari Sabah didakwa sebagai anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).
Kalau mengikut pihak yang mula-mula memuat naik gambar itu, seolah-olah ada konspirasi di pihak pegawai mangsa untuk menutup kejadian sebenar.
Al Fatihah... 
Semoga ROH arwah ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh.
Salam Takziah Buat keluarga Mangsa.
Mangsa dilaporkan sebagai mati lemas sedangkan dalam gambar jelas kelihatan yang mangsa seperti didera dengan kesan lebam akibat dipukul dan dicucuh dengan rokok.
Justeru, ada dua aspek penting di sini.
Pertamanya, pihak TLDM perlu menyiasat kesahihan kes itu dan menafikannya andai benar tidak berlaku sebarang penderaan. Tindakan itu perlu memandangkan ramai yang memberikan komen bahawa berlaku main kasar dalam apa yang menimpa mangsa. Dan isu ini juga semakin mendapat perhatian pengguna media sosial.
komen orang
Keduanya … andai memang berlaku tindakan berunsur jenayah, maka pegawai yang atau sesiapa sahaja yang terbabit dalam kejadian itu harus diambil tindakan.
Yang pasti sesuatu perlu dilakukan demi nama baik TLDM atau demi keadilan kepada Asruf andai benar ada berlaku jenayah.

No comments:

Post a Comment