ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MESTI BACA : SKETSA ISU HARGA BARANG NAIK !!!

Friday, 20 December 2013

MESTI BACA : SKETSA ISU HARGA BARANG NAIK !!!


Abu : Pakcik harga rokok sekarang mahal ...RM12 sekotak.
Pakcik: Lantaklah, pakcik org miskin dan tak hisap rokok. Lagipun rokok makruh disisi Islam.

Abu : Pakcik, bil elektrik naik tahun depan?
Pakcik: Lantaklah, pakcik orang miskin, bil api pakcik RM50 je tak terlibat dengan kenaikan pun.

Abu : Pak Cik, tol pun nak naik tahun depan?
Pakcik: La, apa kaitannya. Tol tu kat KL & Selangor je naik. Lagi pun pakcik org miskin. Tapi betul juga takkan orangg Sabah, sarawak, kelantan & terengganu nak tanggung subsidi tol diaorang. Berkorbanlah sikit.

Abu : Pak Cik, harga gula pun dah naik.
Pakcik: Pakcik dah terlebih makan gula. Lagi pun naik 34 sen je. Sebulan 2 kilo.. baru 68 sen. Miskin pakcik pun masih boleh bayar. Kerajaan jimat RM setenggah billion... boleh bagi dana kat orangg miskin!

Abu : Dah harga minyak macam mana pula pakcik...setuju juga ke?
Pakcik: Pakcik tak nak jawab lah...

Abu : Sebab apa pakcik..?
Pakcik: Sebab anak tak belajar ekonomi... subsidi melampau adalah penghalang kepada sifat daya saing dalam sesebuah ekonomi, dan ianya tidak baik!!

Abu : Tapi kita semua merana pakcik?
Pakcik: Korang yang merana... aku yang miskin makin banyak nikmatnya ada macam-macam bantuan dan dana...sbb subsidi tu dah mengalir kepada yang sepatutnya !!!

Abu : Mana aci?
Pakcik: Kerana adil bukan samarata tapi ikut hak yang patut terima...pak cik yakin dengan komitmen kerajaan untuk terus membantu rakyat dengan "Program Pelarasan Subsidi Terarah" ini supaya tepat kepada golongannya khususnya untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. Janganlah dianggap kerajaan ingin memperbodohkan rakyat!!!

No comments:

Post a Comment