ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KEJAM & TIADA PERI KEMANUSIAAN : PENGASUH DERA KANAK2 DI PUSAT JAGAAN !!!

Monday, 23 December 2013

KEJAM & TIADA PERI KEMANUSIAAN : PENGASUH DERA KANAK2 DI PUSAT JAGAAN !!!



Manusia seolah-olah tidak lagi mempunyai rasa kemanusiaan dan kasih sayang. Seperti kisah sebenar yang berlaku di Vietnam ini.

Sepasang pengasuh yang bekerja di daycare atau taman asuhan kanak-kanak di Vietnam, ditangkap oleh polis setelah gambar mereka mendera kanak-kanak kecil yang ada di sana. Kejadian itu dirakamkan oleh kamera dan benar-benar menghiris hati. Meski mereka adalah seorang pengasuh, namun mereka tak memahami bagaimana cara mengasuh kanak-kanak.

Kanak-kanak yang cerewet adalah pekara yang lumrah, namun kesabaran mereka berdua seperti tidak mampu membendung karenah kanak-kanak ini. Misalnya apabila anak-anak cerewet untuk makan, Le Thien Ly dan Le Thi Dong Phuong, mengaku bahawa mereka terpaksa memaksa. Namun yang kelihatan di dalam video rakaman itu konon lebih dari sekadar 'memaksa' makan.

Kanak-kanak ini hinggakan menangis dan takut kerana mereka melayan anak-anak dengan cara yang kejam, Yang lebih memilukan adalah sebuah rakaman video menunjukkan bahawa salah satu di antara pengasuh ini memasukkan kepala anak-anak ke dalam tab air dengan paksa.Sungguh sedih mengetahui bahawa kanak-kanak ini berada di bawah pengasuh yang tidak amanah. Membuatkan ramai ibu jadi was-was untuk menempatkan anak-anak mereka di taman asuhan kanak-kanak atau baby daycare. Apatah lagi setelah mereka melihat video yang mengerikan itu.



No comments:

Post a Comment