ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SUSPEK KES BUNUH BUDAK 2 TAHUN DITAHAN !!!

Wednesday 22 January 2014

SUSPEK KES BUNUH BUDAK 2 TAHUN DITAHAN !!!

Ini dia pembunuh kanak-kanak yang berumur 2 tahun telahpun ditangkap!!!
Semoga mendapat balasan setimpal dengan apa yang telah beliau lakukan terhadap mangsa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, suspek utama yang juga teman lelaki ibu mangsa berusia 25 tahun, ditahan di Kuala Paka jam 3.30 petang semalam.

“Polis mencari lelaki ini sejak 18 Januari lalu iaitu sejurus laporan polis dibuat oleh ibu mangsa yang berusia 27 tahun mengenai kehilangan anaknya.

“Susulan penahanan ibu mangsa juga, kita mendapat tahu laporan dibuat sebelum ini adalah palsu dan wanita itu mendakwa dia dipaksa berbohong oleh suspek utama,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, sebentar tadi.

IBU mangsa diiringi anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk memberi keterangan.

Manoharan berkata, ketika ditahan, semua suspek dalam keadaan khayal dipercayai akibat pengaruh dadah.

“Kita percaya semua suspek termasuk ibu mangsa terbabit dengan dadah dan turut menjadi pengedar secara kecil-kecilan,” katanya.

No comments:

Post a Comment