ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BERSEMBUNYI DALAM SELIMUT, ELAK DITANGKAP POLIS !!!

Friday 17 January 2014

BERSEMBUNYI DALAM SELIMUT, ELAK DITANGKAP POLIS !!!


Suspek yang dikenali sebagai "Kiki" berumur 24 tahun dari Jalan Astana yang diburu oleh polis berkaitan dengan kecurian senjata api polis telah berjaya diberkas awal malam semalam.

Sumber memaklumkan kepada theunreportednews sepasukan polis dari D9 IPK Sarawak menyerbu rumah teman wanita suspek di Taman Dahlia, Matang berdekatan dengan Bandaraya Kuching lebih kurang jam 7 semalam.

Difahamkan, suspek telah menyelimutkan dirinya dengan sehelai selimut bagi mengelak dikesan polis. (macam lah polis tak memeriksa betul-betul dalam rumah tu!) 

Suspek kemudiannya membawa polis ke sebuah semak dihadapan jalan masuk ke taman tersebut dimana beliau telah menyembunyikan senjata api jenis Walther P99 yang dikatakan telah dicuri beliau didalam plastik berwarna hitam.

Beliau juga turt juga membawa polis ke sebuah kawasan di Taman Kopidim dimana beliau dikatakan telah membakar sebuah kenderaan curi.

Dalam kejadian itu, seorang anggota polis yang dilaporkan mabuk sehingga tak sedarkan diri dan tertidur dalam keretanya telah kehilangan senjata apinya dicuri oleh dua orang lelaki pada hujung minggu lepas.

Anggota yang berusia 40-an berkenaan bertugas di sebuah balai di sebuah kawasan di Sarawak sebelum itu telah memenangi nombor ekor dan minum hingga mabuk.

Beliau kemudiannya dikatakan telah tertidur didalam keretanya sebelum senjata apinya yang disimpan dalam sebuah beg kecil dalam kenderaannya dicuri.

Sehubungan itu, kes kehilangan senjata ini turut dikaitkan dengan penemuan dua kelopak pistol yang mengandungi 21 butir peluru hidup jenis P99 yang difahamkan sama dengan peluru yang dikeluarkan untuk kegunaan polis di negara ini.

Kelopak pistol itu dipercayai tercicir dari salah seorang saspek dalam satu kes cubaan mencuri kereta di sini semalam, di mana saspek berkenaan telah mengeluarkan sepucuk pistol dalam usahanya meloloskan diri semasa bergelut dengan polis.

No comments:

Post a Comment