ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SEBARKAN !!! PELEKAT AIR ASIA SATU PENIPUAN !!!

Saturday 25 January 2014

SEBARKAN !!! PELEKAT AIR ASIA SATU PENIPUAN !!!

AirAsia
AirAsia menafikan syarikat penerbangan tersebut mengadakan Skim ‘Pelekat Kereta AirAsia’ yang menawarkan pulangan wang tunai kepada pemilik kenderaan.
AirAsia dalam satu kenyataan memberitahu, skim itu yang kononnya menawarkan hadiah lumayan kepada pemilik kereta yang menggunakan pelekat jenama AirAsia pada kenderaan mereka merupakan satu penipuan.
“Kami dimaklumkan bahawa orang ramai telah menerima jemputan untuk mengambil bahagian dalam Skim ‘Pelekat Kereta AirAsia’ ini.
“AirAsia ingin menasihatkan orang ramai ini adalah satu penipuan terkini yang menggunakan jenama kami bagi menarik minat pemilik kereta untuk mengambil bahagian. Kami tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dan tidak menyokong mana-mana skim atau program sedemikian,” jelas kenyataan itu hari ini.
Sehubungan itu, AirAsia menasihatkan orang ramai supaya mengabaikan tawaran skim tersebut kerana AirAsia tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tuntutan yang membabitkan skim palsu tersebut.
Tegas kenyataan itu, AirAsia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu atau kumpulan yang menganjurkan sebarang program dengan menggunakan jenama AirAsia tanpa kebenaran.
“Orang ramai diminta untuk merujuk kepada saluran komunikasi rasmi AirAsia jika mereka mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan syarikat ini,” tambah kenyataan itu. 
mynewshub.my

No comments:

Post a Comment